OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Wednesday, 25 April 2012

Tutorial - Cara Mudah Buat Fan Page Facebook Untuk Blog

Cara mudah buat fan page untuk personal blog atau blogshop anda

Assalamualaikum. Harini penulis nak kongsi Cara Buat Fan Page Facebook. Rasanya ramai yang dah tahu, sebab cara dia sangat mudah cuma bagi yang takut-takut nak cuba tu, boleh lah baca Tutorial - Cara Buat Fan Page Facebook ni sebagai panduan. Baiklah, mari kita mulakan!

Tutorial - Cara Buat Fan Page Facebook

Langkah 1

- Mula-mula korang pergi ke Fan Page Blog Rilek-Rilek dan klik pada "Create a Page" atau klik je kat SINI.


Langkah 2

Pilih page yang sesuai dengan tujuan korang.
- Untuk personal blog pilih "Artist, Band or Public Figure"
- Untuk perniagaan atau blogshop pilih "Local Business or Place" atau "Brand or Product"
- Untuk komuniti macam Kami Suka Artis Bertudung, sila pilih "Cause or Community"


Langkah 3

1. Klik pada "Choose a category" dan pilih "Public Figure"
2. Isi nama fan page korang pada "Name"
3. Tick pada "I agree to Facebook Pages Terms"
4. Klik "Get Started"


Langkah 4

Ok, sekarang korang dah ada fan page cuma tinggal nak letak gambar dan lengkapkan beberapa step sahaja lagi.
1. Upload gambar untuk "Profile Picture" (Kalau korang belum ada gambar, boleh klik pada "Skip")
2. Klik pada "Upload From Computer"
3. Bila gambar dah selesai diupload, klik "Next"


Langkah 5

1. Tulis pengenalan untuk blog korang di kotak atas. (Kalau korang tak nak isi pun takpe, klik je "Skip")
2. Isikan link blog korang dalam kotak di bawah.
3. Klik pada "Save Info"


Langkah 6

Seterusnya korang akan dibawa untuk Like, Invite Friends dan Update Status. Jadi siaplah sudah fan page korang. Untuk lihat link url page korang, sila klik pada nama fan page korang.


Link yang keluar pada kotak browser adalah link url page korang. Contoh url: http://www.facebook.com/pages/Galeri-Fesyen/373011929408412. Boleh la guna link tu untuk promote fan page korang ;)
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

4 Tindak Balas:

Sis AI said...

Info yg bgus! Mana yg nk buat ni boleh la pakat tgk, ekeke!

uncle said...

terima kasih ..mmg uncle nak buat fan page untuk website sendiri..

marsita ng said...

saya sedang mencuba cara ni sekarang terima kasih atas info nya...

amanie said...

terima kasih aas perkongsian yang berguna ini.. semoga berjaya didunia dan akhirat. amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...