OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Friday 27 April 2012

Betul Betul Info - Bagaimana Pokok Kaktus Hidup Di Padang Pasir?

Pokok yang bijak menyimpan air

Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. Walaupun padang pasir memperoleh hujan yang sedikit tetapi pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering.


Namun begitu duri yang terdapat pada pokok berkenaan turut memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam menghalang haiwan untuk memakannya dan juga menghalang tiupan angin yang kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu. Selain itu duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

1 Tindak Balas:

Sis AI said...

Subhanallah.. Hebat ciptaan Allah. Sgt detail..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...