OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Saturday 30 June 2012

Betul Betul Ohsem - Stadium Olimpik Kiev: Pentas Akhir Euro 2012 (16 Gambar)

Gelanggang penentu juara Euro 2012

Stadium yang terletak di ibu negara Ukraine ini merupakan venue terbesar bagi kejohanan kali ini dan bakal menjadi pentas perlawanan akhir antara juara bertahan, Sepanyol dan Itali pada 2 Julai ini.


Mula dibuka pada 1923, stadium rasmi bagi kelab FC Dynamo Kyiv ini telah dibaikpulih bagi menghadapi Euro 2012 dan dibuka semula pada Oktober 2011. Menurut sejarah, stadium berkapasiti 68,000 penonton ini pernah menjadi hos kepada perlawanan bola sepak bagi Sukan Olimpik Moscow 1980 manakala dalam kejohanan Euro edisi ke-14 ini, stadium ini telah digunakan dalam perlawanan peringkat kumpulan D dan juga suku akhir antara Itali menentang England.
















Sumber gambar: Elektrau


Dapatkan trafik percuma dengan sertai 
Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012 (Tarikh Tutup: 10 Julai 2012)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Snapshot - Gambar Cristiano Ronaldo Dimekap Sebelum Perlawanan Euro 2012

Bola bola jugak, mekap jangan lupa

Gambar ini diambil sebelum bermulanya perlawanan antara Portugal dengan Holland tempoh hari. Tak sangka pulak nak main bola pun kena pakai mekap...huhuhu



Dapatkan trafik percuma dengan sertai 
Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012 (Tarikh Tutup: 10 Julai 2012)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012

Blog kembali aktif

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Kalau korang perasan, akhir-akhir ni Blog Rilek-Rilek dah jarang diupdate disebabkan penulis terpaksa hadiri beberapa kursus. Jadi sempena mengaktifkan balik blog ni, penulis nak anjurkan satu segmen.

Segmen kali ni lebih kurang sama dengan segmen pertama yang penulis anjurkan sebelum ni. Untuk korang yang join segmen ni...korang akan dapat trafik & backlink percuma dari Blog Rilek-Rilek. Bukan tu saje, secara automatik blog korang juga akan dimasukkan dalam Bloglist Mesti Terjah! (akan kekal sehingga 1 Ogos 2012). Dan yang paling best, penulis akan pilih sekurang-kurangnya 5 blog untuk disenaraikan dalam bloglist utama blog ni!


Jadi kalau korang berminat nak join, meh baca apa yang perlu korang buat:

SYARAT² PENYERTAAN
1. Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012
2. Copy paste banner di atas & linkkan ke entri ini.
3. Segmen ni simple jer, jadi ikut suka korang la nak tulis apa atau nak tag kawan² yang lain. Tapi kalau boleh, letak la Blog Rilek-Rilek jugak kat bloglist korang. Baru la ada win-win situation kaaan..
4. Jangan lupa tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen.

Ok! Dah siap!

TARIKH TUTUP
10 JULAI 2012
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Comel - Video Kanak-Kanak Hafal Semua Nama Pemain Holland Euro 2012

Football geek in the making

Noah, kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun ini dapat menghafal kesemua nama pemain dan staff pasukan Holland walaupun poster tersebut hanya berada di biliknya selama seminggu. Well done, Noah!



p/s: Suka dengar dia sebut nama van Bommel & van Persie ;)


Dapatkan trafik percuma dengan sertai 
Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012 (Tarikh Tutup: 10 Julai 2012)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 29 June 2012

10 Perkara Menarik Sepanjang Euro 2012

Menjelang perlawanan akhir Euro 2012

Kancah Euro 2012 sudah hampir ke kemuncak dengan pasukan Sepanyol dan Itali bakal berentap di pentas akhir. Sepanjang kejohanan ini berlangsung sejak beberapa minggu yang lepas, kita telah menyaksikan gol-gol cantik, permainan bertahan yang cukup berdisiplin dan tidak lupa juga kontroversi yang sering tercetus dikalangan pemain dan penonton. Disini penulis telah senaraikan 10 perkara menarik sepanjang Euro 2012 yang berlangsung di Poland & Ukraine ini.

10. Perlawanan Pembukaan Penuh Dramatik

Boleh dikatakan antara perlawanan pembukaan Euro paling menarik dalam sejarah, apabila menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain. Poland membuka tirai jaringan melalui tandukan kencang Robert Lewandowski. Setelah pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos dilayangkan kad merah, penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny pula diarah keluar padang kerana mengasari pemain lawan dalam kotak penalti. Penjaga gol gantian, Przemyslaw Tyton bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti namun Greece kembali bangkit menyamakan kedudukan untuk berkongsi 1 mata.


9. Sepanyol Turun Tanpa Penyerang

Juara bertahan dibawah kendalian Vicente del Bosque ini mengejutkan ramai pihak ketika perlawanan pembukaan mereka menentang Itali kerana menurunkan kesebelasan utama tanpa kelibat penyerang. Skuad La Roja itu lebih suka menggunakan khidmat 4 pemain pertahanan dan 6 pemain tengah walaupun mempunyai penyerang berwibawa seperti Fernando Torres, Llorente dan Negredo.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Cool - Reaktor Iron Man Buatan Sendiri (20 Gambar)

DIY

Entri kali ni khas untuk semua peminat Iron Man di luar sana. Seorang pemuda dari China telah berjaya mencipta sebuah lampu melingkar yang kelihatan seakan-akan reaktor yang berada di dada superhero tersebut. Walaupun diakui yang ianya adalah kerja sia-sia dan membazir, anda tak dapat nafikan yang ianya nampak sangat cool!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Gelagat Penyokong Di Kejohanan Euro 2012 #1 (15 Gambar)

Pelbagai gaya dan ragam




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 14 June 2012

Senarai Penjaring Terbanyak Kejohanan UEFA Euro (Terkini)

Fernando Torres penjaring terbanyak Euro 2012

Kejohanan UEFA Euro 2012 Poland-Ukraine telah pun berlangsung selama 6 hari dan sebagai penyokong Holland, penulis agak kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad The Oranje dalam 2 perlawanan sebelum ini.


Jika Holland gagal melepasi peringkat kumpulan, peluang Robin van Persie untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan juga pastinya terkubur. Selain van Persie, antara nama yang sering disebut bakal memenangi kasut emas untuk Euro 2012 ini ialah Karim Benzema (Perancis), Mario Gomez (Jerman), Andriy Shevchenko (Ukraine), Alan Dzagoev (Rusia), Cristiano Ronaldo (Portugal), Thomas Muller (Jerman) dan Robert Lewandowski (Poland).

Senarai Penjaring Terbanyak Kejohanan Euro 2012 (Update 29 Jun)

3 gol - Fernando Torres (Sepanyol), Mario Balotelli (Itali), Mario Gomez (Jerman), Cristiano Ronaldo (Portugal), Alan Dzagoev (Rusia), Mario Mandžukić (Croatia)
2 gol - David Silva (Sepanyol), Cesc Fàbregas (Sepanyol), Xabi Alonso (Sepanyol), Andriy Shevchenko (Ukraine), Václav Pilař (Republik Czech), Petr Jiráček (Republik Czech), Nicklas Bendtner (Denmark), Michael Krohn-Dehli (Denmark), Zlatan Ibrahimović (Sweden), Dimitris Salpingidis (Greece)
1 gol - Jesus Navas (Sepanyol), Juan Mata (Sepanyol), Jordi Alba (Sepanyol), Antonio Di Natale (Itali), Andrea Pirlo (Itali), Antonio Cassano(Itali), Lars Bender (Jerman), Lukas Podolski (Jerman), Philipp Lahm (Jerman), Sami Khedira (Jerman), Miroslav Klose (Jerman), Marco Reus (Jerman), Mesut Ozil (Jerman), Silvestre Varela (Portugal), Pepe (Portugal), Hélder Postiga (Portugal), Wayne Rooney (England), Theo Walcott (England), Andy Carroll (England), Danny Welbeck (England), Joleon Lescott (England), Rafael van der Vaart (Belanda), Robin van Persie (Belanda), Roman Pavlyuchenko (Rusia), Roman Shirokov (Rusia), Jakub Błaszczykowski (Poland), Robert Lewandowski (Poland), Nikica Jelavić (Croatia), Samir Nasri (Perancis), Yohan Cabaye (Perancis), Jeremy Menez (Perancis), Georgios Samaras (Greece), Fanis Gekas (Greece), Giorgos Karagounis (Greece), Sean St Ledger (Ireland), Olof Mellberg (Sweden), Sebastian Larsson (Sweden)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 8 June 2012

Betul Betul Gempar - Jersi Sembilan Pasukan Euro 2012 Bertoksik?

Jersi Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal

Satu penyelidikan yang dijalankan pertubuhan pengguna di Eropah menunjukkan jersi sebilangan pasukan Euro 2012 mengandungi toksik. Kaji selidik terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membuat jersi Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal mendapati baju sembilan pasukan itu mengandungi bahan kimia membimbangkan.


BEUC, pertubuhan yang mewakili semua organisasi pengguna kebangsaan Kesatuan Eropah (EU), memberi amaran kepada peminat yang berbelanja besar untuk membeli jersi pasukan kesayangan mereka bahawa tindakan itu seperti meracuni diri. Baju Poland, menurut BEUC, begitu membahayakan dan perlu diharamkan.

Logam Lead ditemui pada baju Sepanyol, Jerman, Ukraine, Rusia, Perancis dan Itali. Bahan yang digunakan pada baju Jerman dan Sepanyol melebihi paras dibenarkan untuk produk kanak-kanak. Jersi Portugal dan Belanda pula mengandungi nikel.

"Baju Poland patut dilarang dijual di kedai kerana mengandungi organotin yang digunakan untuk mencegah bau peluh. Disebabkan ia mengandungi dos melebih paras dibenarkan, organotin mungkin membawa kesan kepada sistem saraf," kata BEUC .

Peminat sanggup membayar hampir 90 euro (RM357) untuk sehelai baju pasukan kegemaran mereka yang sebenarnya bukan berkualiti dan selamat," kata Ketua Pengarah BEUC, Monique Goyens.

P/S: Macam mana pulak ngan jersi gred double triple A yang korang beli tu? Hehu
Sumber: Utusan Online
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...