JOM LIKE !!

Wednesday, 30 May 2012

Betul Betul Info - Kenapa Air Laut Rasanya Masin?

Sebab ia tak manis

Garam merupakan bahan mineral yang mudah didapati pada batuan dan tanah. Oleh sebab ia mudah larut dalam air maka sungai membawanya ke laut. Proses ini sudah memakan masa berjuta-juta tahun dan jumlah garam meningkat. Pada masa ini dalam setiap gelen air laut terdapat satu cawan garam.


Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday, 27 May 2012

Betul Betul Info - Bagaimana Kaca Kalis Peluru Diperbuat?

Mempunyai 3 lapisan

Rahsia sebenar untuk membuat kaca kalis peluru ialah plastik yang dikenali sebagai lamina (laminate). Setiap struktur yang mempunyai kaca kalis peluru mempunyai tiga lapisan iaitu kaca, plastik dan kaca yang lebih tebal daripada kaca biasa.


Plastik di dalam lamina diperbuat daripada bahan polikarbonat yang kuat tetapi boleh dilihat melaluinya. Apabila peluru ditembak ke arah tingkap kalis peluru, peluru itu akan melalui lapisan kaca terlebih dahulu. Kemudian lapisan plastik akan menyerap tenaga peluru itu dan peluru berkenaan akan terhenti. Ini bermakna peluru berkenaan tidak boleh melepasi lapisan akhir iaitu kaca berkenaan. Ok, lepas ni boleh la buat sendiri dan pasang kat tigkap kereta...hehe.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday, 24 May 2012

Betul Betul Cool - Perpustakaan Moden Di Berlin (15 Gambar)

"The Brain of Berlin"

Perpustakaan di Free University of Berlin ini direka oleh beberapa arkitek Jerman dengan kerjasama Jean Prouve pada tahun 2005. Jika dilihat dari luar, bentuk bangunan ini menyerupai telur manakala rekaan dalamannya pula terdiri daripada empat tingkat galeri yang beralun seakan lingakaran otak manusia. Perpustakaan ini meliputi kawasan seluas 6300 meter persegi bagi menampung 650 pelajar dan 700,000 buah buku!




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - Bagaimana Kunang-Kunang Mengeluarkan Cahaya?

Hasil tindak balas kimia

Kunang-kunang ataupun kelip-kelip mengeluarkan cahaya melalui tindak balas kimia iaitu ‘Luciferin’, ‘Luciferase’ (sejenis enzim), ‘adenosine triposhate’ (ATP) dan oksigen. Apabila komponen-komponen tersebut bercampur, cahaya dihasilkan. Namun terdapat banyak teori yang cuba mengaitkan mengapa cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini boleh berkelip-kelip.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday, 22 May 2012

Doa Rasulullah Apabila Masuk Bulan Rejab


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...