OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Wednesday 30 May 2012

Betul Betul Info - Kenapa Air Laut Rasanya Masin?

Sebab ia tak manis

Garam merupakan bahan mineral yang mudah didapati pada batuan dan tanah. Oleh sebab ia mudah larut dalam air maka sungai membawanya ke laut. Proses ini sudah memakan masa berjuta-juta tahun dan jumlah garam meningkat. Pada masa ini dalam setiap gelen air laut terdapat satu cawan garam.


Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 27 May 2012

Betul Betul Info - Bagaimana Kaca Kalis Peluru Diperbuat?

Mempunyai 3 lapisan

Rahsia sebenar untuk membuat kaca kalis peluru ialah plastik yang dikenali sebagai lamina (laminate). Setiap struktur yang mempunyai kaca kalis peluru mempunyai tiga lapisan iaitu kaca, plastik dan kaca yang lebih tebal daripada kaca biasa.


Plastik di dalam lamina diperbuat daripada bahan polikarbonat yang kuat tetapi boleh dilihat melaluinya. Apabila peluru ditembak ke arah tingkap kalis peluru, peluru itu akan melalui lapisan kaca terlebih dahulu. Kemudian lapisan plastik akan menyerap tenaga peluru itu dan peluru berkenaan akan terhenti. Ini bermakna peluru berkenaan tidak boleh melepasi lapisan akhir iaitu kaca berkenaan. Ok, lepas ni boleh la buat sendiri dan pasang kat tigkap kereta...hehe.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 24 May 2012

Betul Betul Cool - Perpustakaan Moden Di Berlin (15 Gambar)

"The Brain of Berlin"

Perpustakaan di Free University of Berlin ini direka oleh beberapa arkitek Jerman dengan kerjasama Jean Prouve pada tahun 2005. Jika dilihat dari luar, bentuk bangunan ini menyerupai telur manakala rekaan dalamannya pula terdiri daripada empat tingkat galeri yang beralun seakan lingakaran otak manusia. Perpustakaan ini meliputi kawasan seluas 6300 meter persegi bagi menampung 650 pelajar dan 700,000 buah buku!




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - Bagaimana Kunang-Kunang Mengeluarkan Cahaya?

Hasil tindak balas kimia

Kunang-kunang ataupun kelip-kelip mengeluarkan cahaya melalui tindak balas kimia iaitu ‘Luciferin’, ‘Luciferase’ (sejenis enzim), ‘adenosine triposhate’ (ATP) dan oksigen. Apabila komponen-komponen tersebut bercampur, cahaya dihasilkan. Namun terdapat banyak teori yang cuba mengaitkan mengapa cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini boleh berkelip-kelip.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 22 May 2012

Doa Rasulullah Apabila Masuk Bulan Rejab


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 21 May 2012

Betul Betul Info - Berapakah Jumlah Tulang Dalam Tubuh Manusia?

Tulang empat kerat

Seorang manusia dewasa mempunyai 206 tulang tetapi semasa bayi, manusia mempunyai 300 tulang. Adakah ini bermakna kita kehilangan 94 tulang? Sebenarnya, tidak. Ketika membesar tulang-tulang ini akan bercantum dan membentuk satu tulang. Ini akan membentuk tulang yang kuat walau pun jumlah tulang dalam tubuh kita berkurangan.


Bagaimanapun kita sebenarnya mempunyai 27 tulang berasingan dan pada muka kita sahaja mempunyai 14 tulang. Tulang di dalam tubuh kita sebenarnya hidup dan diperbuat daripada bahan yang kuat terdiri daripada bertan-tan sel yang membantu ia hidup dan untuk memperbaiki diri masing-masing. Seperti sel lain dalam tubuh manusia, sel tulang bergantung kepada darah untuk hidup. Darah menyalurkan makanan dan oksigen serta membawa bahan-bahan buangan.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 19 May 2012

Betul Betul Cool - Muzium Kapal Selam Di Perancis (16 Gambar)

Mari melawat Muzium Bandar Lautan

Jika anda mahu merasai pengalaman berada di dalam kapal selam, anda patut berkunjung ke Muzium La Cité de la Mer ("Bandar Lautan") yang terletak di Cherbourg, Perancis. Muzium ini mempunyai 2 bangunan besar dan ruang pameran di luarnya.


Ini adalah dewan yang pertama. Di sini terdapat kedai buku, bathyscaphe dan kedai cenderamata.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 18 May 2012

Betul Betul Info - Benarkah Jumlah Rerambut Pada Seluruh Tubuh Manusia Dan Seekor Gorila Sama Bilangannya?

Kita mempunyai lima juta rerambut

Manusia mempunyai lima juta rerambut sama seperti seekor gorila tetapi yang membezakan hanyalah gorila mempunyai rerambut yang panjang dan tebal berbanding manusia. Rerambut mengandungi bahan protein yang dikenali keratin sama yang terdapat pada kuku dan ia tumbuh melalui folikel.


Sesetengah manusia mempunyai rambut yang kerinting atau lurus kerana ia bergantung kepada bentuk folikel di mana rambut itu tumbuh. Rambut lurus kerana kerana ia keluar daripada folikel yang bulat manakala rambut kerinting kerana folikelnya berbentuk bujur. Rambut mempunyai pelbagai warna kerana ia bergantung kepada bahan kimia pigmen yang menentukan warna kulit iaitu melanin. Jika kita tidak mempunyai melanin di tubuh maka rambut akan berwarna putih, sedikit melanin menjadikan rambut kita berwarna perang, lebih sedikit akan menjadikan rambut berwarna merah seterusnya coklat dan hitam.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 16 May 2012

Betul Betul Info - Tips Berkesan Belajar Secara Kumpulan (Study Group)

Study Smart & Study Hard

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam edisi Tips Pelajar Cemerlang kali ini penulis ingin berkongsi Tips Berkesan Belajar Secara Kumpulan (Study Group) yang telah disampaikan oleh Dr. Ismail Zain.


Belajar secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan dan menguatkan daya ingatan. Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan. Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan. Berikut diberi beberapa panduan belajar secara kumpulan:

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul FAIL - Minuman Bogel

Masa bersiar-siar dalam Guardian baru-baru ni, ada satu benda yang menarik perhatian penulis...


Hmm berbaur lucah kan? Mungkin terkena penangan kopi jantan dan kopi janda...hehehe.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 15 May 2012

Betul Betul Cool - Cook & Book Di Belgium (18 Gambar)

Gabungan restoran dan kedai buku

Cook & Book adalah projek unik yang menelan kos 3 juta dolar. Restoran dan juga pada yang sama beroperasi sebagai kedai buku itu mula dibuka di Brussels, Belgium sejak tahun 2006 dan sangat dikenali ramai. Terdapat 6 ruangan di Cook & Book dan setiap satunya mempunyai reka bentuk tersendiri. Rak buku boleh dijumpai di setiap pelusuk bangunan ini, sementara menunggu makanan sampai, pelanggan bolehlah membaca buku yang ada.




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - Sloth Ambil Masa Sebulan Untuk Gerak 1.6km

Lambat macam siput sloth

Sejenis binatang yang dinamakan 'sloth' (Bradypus Tridactylus) yang hidup di beberapa negara seperti Nicaragua, Peru dan Brazil merupakan binatang paling lambat bergerak di darat. Untuk berjalan sejauh 1.6 kilometer, seekor 'sloth' perlu mengambil masa kira-kira sebulan!


Pergerakannya lambat kerana kakinya hanya mempunyai tiga jari. Kaki 'sloth' sesuai untuk memudahkannya bergantung di pokok. Binatang ini tidak boleh berlari atau berdiri tegak apabila berada di atas tanah. 'Sloth' menghabiskan masanya bergantung di dahan. Mereka makan, tidur dan melahirkan anak dengan cara itu.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 14 May 2012

Betul Betul Sadis - Taman Tema Yang Ditinggalkan (19 Gambar)

Setelah hampir 10 tahun ditutup

Di Blog Rilek-Rilek, kami telah memaparkan beberapa tempat-tempat menarik di sekitar bandar Berlin. Namun tidak semua yang terdapat di bandar ini indah belaka. Contohnya seperti Taman Tema Spreepark ini yang dulunya menjadi kebanggaan Jerman dan tempat kegemaran penduduk setempat untuk bersantai bersama keluarga tetapi ia terpaksa ditutup pada 2002 akibat masalah hutang. Mari kita lihat bagaimana keadaannya hari ini...




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 12 May 2012

Betul Betul Info - Berapakah Berat Yang Boleh Dipikul Oleh Seekor Semut?

Makhluk super kuat

Kita pernah melihat seekor semut mengheret makanan atau mangsanya yang lebih besar daripada saiz badannya. Sebenarnya, semut adalah serangga yang sangat kuat. Seekor semut boleh membawa barang yang 30 kali lebih berat daripada berat badannya. Kekuatan semut terletak pada rangka di luar badannya yang dikenali sebagai ‘exoskeleton'.


`Exoskeleton' dan susunan otot khas pada tubuh semut memberi kekuatan kepada semut. `Exoskeleton' melindungi semut daripada cuaca, kecederaan dan kehilangan air. Lapisan pada rangka itu mengandungi pelbagai organik yang dikenali sebagai `chitin'. Seperti manusia, semut hidup dalam kelompok masyarakatnya sendiri dan mempunyai tiga bidang kepakaran dalam mencari makanan. Kepakaran iaitu terbahagi kepada mengumpul, memburu dan penanam. Sistem itu dipercayai telah wujud sejak kira-kira 40 juta tahun lalu. Di Amerika Utara, terdapat beberapa spesies semut yang mempunyai watak tersendiri ini termasuklah tukang kayu, askar, pengumpul biji-bijian, penanam kulat malah pencuri dan peminta sedekah. Wohoo..cool!

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 11 May 2012

Betul Betul Rare - Muzium The Beatles Di Liverpool (20 Gambar)

Lagenda muzik dunia

Harini kita akan melawat muzium yang didekasikan kepada kumpulan muzik popular, The Beatles. Apa lagi, dipersilakan masuk...




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #36 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 10 May 2012

Betul Betul Info - 21 Cara Belajar Yang Betul

Study Smart & Study Hard

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Dalam edisi Tips Pelajar Cemerlang ini, disenaraikan dua puluh satu kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar menghadapi dunia peperiksaan.


1. Tidak mensia-siakan masa biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2. Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3. Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Gempar - Nazmi Faiz Bakal Sertai Kelab Portugal

Jika lepasi ujian pemilihan selama seminggu bersama kelab SC Beira-Mar

Bukan kerana nasib atau mendapat jemputan semata-mata sebaliknya pemain muda berbakat, Mohd. Nazmi Faiz, 17, bakal menjalani ujian pemilihan selama seminggu di kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar secara merit.


Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menjelaskan, Nazmi akan menjalani sesi ujian di kelab liga Portugal itu kerana bakatnya, tanpa campur tangan dari beliau atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bakal berada di Portugal selama seminggu bermula dari 13 hingga 21 Mei ini ditemani ayahnya, Mansor Mustafar, Nazmi akan menjalani pemilihan untuk menyertai skuad utama kelab tersebut. Jika berjaya, Nazmi bakal menyertai kelab itu secara kontrak pada umur 18 tahun.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Kisah Lawak #6 - Email Pelajar Arab Kepada Bapanya

Untung tak ada bapak cenggini?


Arab student sends an e-mail to his Dad saying:

Dear Dad,

Berlin is wonderful, people are nice and I really like it here, but Dad,
I am bit ashamed to arrive to my college with my Gold Mercedes, when all my Teachers travel by train.


Your Son,
Nasser

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sometime later Nasser gets reply to his e-mail from his Dad:

Loving son,

Twenty Million Dollars transferred to your account, please stop embarrassing us,
go and get yourself a train too.

Your Dad.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 9 May 2012

Betul Betul Info - Mengapakah Burung Menyanyi?

Bukan sebarangan lagu

Burung berkicauan sering disifatkan sebagai burung menyanyi tetapi lagu yang didendangkan bukanlah sebarangan lagu. Lagu tersebut menandakan kawasan burung itu, bermakna ia adalah kawasan larangan bagi burung lain, selain cuba menarik pasangan masing-masing. Setiap burung mempunyai lagu masing-masing yang diiktiraf dan dihormati oleh spesies burung lain.


Bagi kebanyakan spesies burung, burung jantan yang sering menyanyi kecuali sejenis burung yang dikenali Northen Cardinal iaitu kedua-dua jantina boleh menyanyi. Lagu yang didendangkan bukan sahaja menarik pasangan tetapi mempunyai unsur-unsur untuk menakutkan burung jantan lain. Para saintis percaya burung mengetahui lagu yang perlu dinyanyikan secara semula jadi ataupun mempelajarinya daripada burung-burung dewasa.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #35 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 8 May 2012

Betul Betul Ohsem - Stesen Bawah Tanah Luar Biasa Di Stockholm (12 Gambar)

Epic win!

Penduduk di Stockholm sangat beruntung kerana mempunyai stesen tren bawah tanah yang sangat unik. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan berasa seperti dibawa ke dunia lain ataupun seperti berada di dalam muzium. Penulis cadangkan buat stesen macam ni jugak di Malaysia terutamanya stesen komuter kat KL Sentral tu. Sambil-sambil tunggu komuter yang tertunda empatbelaskali, boleh jugak posing & ambil gambar untuk hilangkan bosan. Siapa setuju?




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 7 May 2012

Betul Betul Ohsem - Kedai Buku Paling Cantik Di Dunia (14 Gambar)

Kedai Buku Lello

Livraria Lello yang terletak di Porto, Portugal sering dikatakan sebagai antara kedai buku paling cantik di dunia. Keindahan ukiran kayu, tangga melingkar, rak buku dan dekorasi seni ruangan dalamannya pasti membuatkan pengunjung terpukau. Sejarah Lello dimulakan oleh Jose Pinto de Sousa Lello pada 1894, dimana pada masa tersebut kedai tersebut dipanggil Chardron dan beliau hanya menjalankan perniagaan penerbitan dan suntingan buku. Perniagaan tersebut semakin berkembang dan akhirnya ia memerlukan bangunan yang lebih besar. Jadi terbinalah Kedai Buku Lello yang dapat kita saksikan sekarang.




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #34 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 6 May 2012

Betul Betul Info - Benarkah Saiz Bola Mata Manusia Kekal Sejak Dilahirkan?

Ukur bola mata anda sekarang

Benarkah saiz bola mata manusia akan kekal sejak dilahirkan sehinggalah mereka dewasa? Sebenarnya saiz bola mata manusia akan berubah sehingga tahap maksimumnya. Mengikut General Ophthalmology (Vaughan, Asbury dan Riordan-Eva, Appleton & Lange, Stamford, 1999), saiz bola manusia semasa dilahirkan berukuran kira-kira 16.5 mm dalam ukuran diameter iaitu ukuran dari bahagian depan sehingga ke belakang mata. Semasa dewasa, diameter mata manusia ialah 24.2 mm. Saiz bola mata dikatakan akan mencapai saiz maksimumnya apabila manusia berusia tujuh atau lapan tahun.


Kornea mata akan mencapai saiz dewasa apabila manusia berusia dua tahun. Semasa dilahirkan lensa mata manusia berbentuk sfera tetapi lensa itu membesar sepanjang usia manusia dan ini akan membuatkannya berbentuk mendatar.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Nostalgia - Bangau Oh Bangau

Versi remix

Sebelum ni penulis dah post 4 siri Hikayat Sang Kancil, rasanya dah lengkap kot. Tapi kalau penulis terjumpa lagi siri yang lain, penulis akan post kan kat sini ye. Sementara tu, jom kita nyanyi sama-sama lagu Bangau Oh Bangau ni. Kalau nak diikutkan, penulis lebih suka lagu versi lama, tapi alang-alang lirik dah ada, layan aje la....



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 5 May 2012

Betul Betul Rare - Melawat Ibu Pejabat PBB (13 Gambar)

a.k.a United Nations (UN)

Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terletak di New York dan merupakan kompleks yang sangat luas. Ia siap dibina pada tahun 1952. Disamping sering muncul dalam filem Hollywood, bangunan ini juga sentiasa menjadi sasaran penunjuk perasaan yang menyokong atau membantah sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh pertubuhan tersebut.


Di hadapan bangunan tersebut, 192 bendera negara yang menjadi ahli PBB dikibarkan.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #33 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 4 May 2012

Betul Betul Cool - Muzium BMW Di Munich (20 Gambar)

Bermula sebagai pengeluar enjin kapal terbang

Munich boleh dianggap sebagai rumah kepada BMW kerana di sinilah terletaknya ibu pejabat dan muzium yang memaparkan sejarah lengkap syarikat automotif tersebut. Kalau sebelum ni penulis pernah bawa korang ke Muzium Porsche, kali ni penulis akan tunjukkan pula suasana di Muzium BMW. Jom!



Muzium ini terdiri daripada 2 buah bangunan. Bangunan yang pertama mempamerkan model terkini BMW dan melawatnya adalah percuma...

BMW Z4. Kelajuan maksimum mencecah 251km/j dan mampu mencapai 100km/j dalam masa 4.8 saat.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...