OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Thursday 24 May 2012

Betul Betul Info - Bagaimana Kunang-Kunang Mengeluarkan Cahaya?

Hasil tindak balas kimia

Kunang-kunang ataupun kelip-kelip mengeluarkan cahaya melalui tindak balas kimia iaitu ‘Luciferin’, ‘Luciferase’ (sejenis enzim), ‘adenosine triposhate’ (ATP) dan oksigen. Apabila komponen-komponen tersebut bercampur, cahaya dihasilkan. Namun terdapat banyak teori yang cuba mengaitkan mengapa cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini boleh berkelip-kelip.


Mengikut Teori Kawalan Oksigen, cahaya itu berkelip-kelip berdasarkan kawalan oksigen yang disalurkan kepada organ fotik serangga berkenaan, yang digunakan bagi tindak balas kimia itu. Tetapi berdasarkan Teori Pengaktifan Saraf pula, kelip-kelip mempunyai struktur kawalan saraf yang dinamakan ‘sel hujung trakea’. Apabila berlaku stimulasi, ia membebaskan sejenis molekul mesej kepada organ fotik yang merangsang tindak balas kimia.


Bagaimanapun, hipotesis yang diterima umum menyebut bahawa kelip-kelip mengeluarkan cahaya untuk memberi amaran kepada pemangsanya bahawa serangga itu mempunyai rasa yang tidak enak jika dimakan. Ini kerana ia mempunyai bahan kimia di dalam tubuhnya yang digunakan sebagai penyelamatnya. Selain itu kelip-kelip yang diganggu akan lebih kerap mengeluarkan cahaya.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

0 Tindak Balas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...