OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Tuesday, 10 April 2012

Kisah Lawak #1 - Lawak SamDol

Sam & Dol yang super sengal

Koleksi perbualan antara Sam dan rakannya, Dol yang boleh buat anda ketawa... Dah sedia?


SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya..

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

Psst: Memang sengal la si Dol nih...
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

7 Tindak Balas:

ANISA said...

adeiii lawak nyeee...thanks..buat epi pg2 ni...(blog-walking b4 g kelas 8.30pg)

Patrick Star said...

@ANISA

thanks jugak pagi2 dah jenguk sini.. jgn terlambat plak pegi kelas! hehe

sid said...

sengal ah! nasib baik takde sape kat opis nih tgk aku gelak! haha

❤ cik ieYra ❤ said...

hahahaha .
serius lawak . teruklah kalau
betul-II ad kawan mcm neyh .

Ummi Hanie said...

hahahh.. rasa nk pelempang pun ade... :p

HAFIZAL said...

kelakar betul...hehehehehe

Sis AI said...

Hahahaha! Smua jwapan tak boleh blah.. Yg lalat tu lg hampeh.. Ni kes ckp dgn org bendul la ni, wakaka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...