OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Wednesday 25 April 2012

Betul Betul Respek - Semangat Pelajar Sekolah Di Kenya (15 Gambar)

Belajarlah hargai ilmu

Dalam perjalanan dari Nairobi ke Taman Negara Maasai Mara, terdapat sebuah pekan kecil bernama Narok. Di sinilah terletaknya Sekolah Aldo-Rebby. Jom kita lihat bagaimana keadaan sekolah di Kenya ini dengan lebih dekat...


Perkara pertama yang menjadi perhatian ialah papan tanda sekolah tersebut. Setiap sekolah di Afrika mempunyai papan tanda seperti ini di tepi jalan.


Penggal persekolahan bermula pada bulan Januari dan tamat pada November. Antara subjek yang diajar ialah bahasa, matematik, sejarah, geografi, sains, kraf dan agama. Biasanya mereka menggunakan dialek tempatan, bahasa Swahili (bahasa kebangsaan) ataupun bahasa Inggeris.


Di sekolah ini, ibu bapa perlu memberi sedikit sumbangan agar anak-anak mereka diberi makan pada sebelah siang.

Sekolah ini berbangga dengan kelas komputernya, namun sayangnya mereka belum mendapat bekalan elektrik.

Bilik guru. Jumlah pelajar di sekolah ini terpaksa dihadkan kepada 300 orang sahaja kerana mereka hanya mempunyai 7 orang guru untuk mengajar kesemua pelajar terbabit.

Keadaan dalam bilik darjah...





Bagi pelajar kecil, mereka ada sesi tidur selepas makan...


Kalau korang perasan, rata-rata pelajar ini memakai baju sejuk. Sebenarnya ia bukanlah kerana suasana di sekolah ini sejuk, tetapi disebabkan mereka perlu berjalan beberapa kilometer jauhnya untuk sampai ke sekolah ini. Jadi mereka perlu bertolak awal dari rumah dan dalam perjalanan pulang pula, mereka mungkin tiba di rumah pada waktu malam. Pada waktu itu mungkin cuaca agak sejuk.


Psst: Bersyukurlah dengan nikmat yang kita kecapi hari ini. Kadang-kadang kalau benda tu susah nak dapat, barulah kita nak hargai kan?
Sumber: dmitry-yurlagin & Wonder a Day
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

4 Tindak Balas:

Anonymous said...

Orang kite ni mencari yang tiada. Yang dah ada tak digunakan sebaiknya. Bila dah ada tak pandai nak cari cara guna, buat hiasan je. Apa la korang ni. Tabik orang kenya. Nice post beb

Ulasan 3 TEMUJANJI (klik) said...

respeklah.. hebat tu.. sampai tetidoo

Sis AI said...

Pergh.. Punyalah diorg gigih cri ilmu.. Respect la budak2 ni. Tgk tu, pnas2 pun pkai baju tebal. Org kita pnas skit, bju pun nk nipis2.. Hendak sribu daya, enggan sribu dalih..

SukaShare said...

Selepas membaca artikel ni...Saya rasa amat bersyukur dengan apa yang ada di negara kita. Orang lain sebenarnya jauh lebih susah daripada kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...