OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Saturday 31 March 2012

Betul Betul Kreatif - Bisnes Kad Staff Di Lego (3 Gambar)

Siapa nak jadi staff Lego?

Percaya atau tidak, ini adalah beberapa contoh bisnes kad yang dihasilkan oleh syarikat Lego untuk staff mereka. Patung-patung ini dibuat khas dan mengikut ciri-ciri yang terdapat pada pada staff terbabit seperti nama, jantina, rambut dan cermin mata.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Lukisan Daripada Ubat Staple (6 Gambar)

Karya "III" oleh Baptiste Debombourg

Baptiste Debombourg merupakan seorang artis yang berpengkalan di Paris. Beliau telah menghasilkan beberapa karya lukisan dinding yang bercirikan zaman  Renaissance hanya dengan menggunakan staple. Dalam karyanya yang terbaru bertajuk "III", sebanyak 450,000 ubat staple telah digunakan.




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #14 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 30 March 2012

Betul Betul Unik - Fitzroy High School Di Melbourne (4 Gambar)

Sangat colourful!

Fitzroy High School yang terletak di Melbourne, Australia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kerajaan pernah menutup sekolah ini pada tahun 1992 namun ia dibuka kembali pada tahun 2004, setelah 11 tahun kempen dilakukan olah ibu bapa dan masyarakat setempat. Pada tahun 2009, sebuah bangunan baru yang sangat unik telah dibina.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Papan Iklan Diubah Menjadi Buaian

Kegembiraan Berganda

Arkitek yang berpengkalan di Paris, Didier Faustino telah mengubah suai sebuah papan iklan menjadi buaian yang dinamakan Double Happiness. Ia dibina bersempena acara Shenzhen-Hong Kong Bi-City Biennial of Urbanism and Architecture.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #13 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 29 March 2012

Betul Betul Cool - Jaguar C-X75 Limited Edition (15 Gambar)

Supercar berenjin hibrid

Pada tahun lepas pengeluar kereta dari Britain, Jaguar telah memperkenalkan kereta konsep C-X75. Jaguar juga turut mengumumkan pihak mereka akan mengeluarkan model tersebut namun jumlahnya hanya terhad kepada 250 buah. Kereta yang dilengkapi enjin turbo charged hibrid ini akan dibuat di UK dengan kerjasama pasukan Formula 1 Williams.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Cool - Sticker Mesra Alam (12 Gambar)

"Eco Reminders" daripada Hu2 Design

Sticker keluaran Hu2 Design ini dilabel mesra alam kerana 2 sebab. Pertama, ia diperbuat daripada material asli - vinyl tape tanpa klorin dan pelekat dari bahan semula jadi. Dan keduanya, ia menyampaikan mesej yang mendalam kepada pengguna supaya menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan elektrik.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Lawak #17 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 28 March 2012

Betul Betul Kreatif - Skulptur Daripada Kertas A4 (17 Gambar)

Karya Peter Callesen

Artis dari Denmark, Peter Callesen mempunyai bakat yang luar biasa. Beliau mampu menghasilkan bermacam-macam bentuk skulptur seperti skeleton, bangunan dan haiwan hanya dengan menggunakan sekeping kertas A4 dan gam




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Khemah Bercorak Makanan (4 Gambar)

Untuk berteduh, bukan untuk dimakan

Khemah yang kelihatan seperti makanan ini adalah keluaran syarikat pereka khemah dari UK, FieldCandy dalam koleksi mereka yang bertajuk Yummy. Terdapat 4 rekaan semuanya iaitu Picnic perfect, Cheese please, What a melon dan Strawberry surprise. Berminat? Harga dia cuma £495.00 (RM2400) setiap satu. Hahaha.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #12 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 27 March 2012

Betul Betul Cool - Tadika Unik Di Berlin (4 Gambar)

Taka-Tuka-Land

Tadika yang luar biasa ini adalah hasil rekaan sekumpulan pelajar jurusan seni bina dari Universiti Teknikal Berlin, bagi mengaplikasikan konsep yang telah mereka pelajari kedalam sebuah projek Kumpulan yang dikenali sebagai  Baupiloten ini diasaskan pada 2003 dan diketuai oleh Susanne Hoffmann.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Cool - The Audi Spectacle: Billboard Versi Moden (4 Gambar)

Logo gergasi Audi

The Audi Spectacle merupakan "papan iklan" versi moden yang mempamerkan 4 buah kereta keluaran Audi tergantung diatas logo gergasi pengeluar kereta dari Jerman itu. Logo itu akan berputar, bercahaya pada waktu malam dan bergerak naik turun daripada jambatan tersebut.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Rare - Jerung Bagi High-Five Kat Penyelam Sambil Tersenyum

Pengalaman sekali seumur hidup

Kejadian yang jarang-jarang disaksikan ini berlaku ketika Eli Martinez, seorang editor kepada Shark Diver Magazine, sedang menyelam di Laut Caribbean. Tanpa disangka-sangka, seekor ikan jerung yang diberi nama Taxi berenang di hadapan beliau dan berpatah balik disaat akhir sambil siripnya menyentuh tangan Martinez seperti mereka sedang melakukan high-five. Tambah menarik apabila mulut jerung spesies laid-back lemon shark itu seolah-olah tersenyum ketika gambar tersebut diambil!


Photo oleh Paul Spielvogel / CATERS NEWS
Sumber: Mail Online & Telegraph
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #11 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 26 March 2012

Betul Betul Ohsem - Laluan Pelangi Di Denmark (11 Gambar)

"Your Rainbow Panorama"

Laluan ini terletak di atas bumbung Muzium Seni ARoS di Aarhus, Denmark dan dikenali sebagai "Your Rainbow Panorama" . Ruang di dalamnya adalah selebar 3 meter dan panjangnya ialah 150 meter. Direka oleh Olafur Eliasson dari Iceland, laluan yang berbentuk bulat ini membolehkan pengunjung melihat pemandangan 360 darjah melalui kaca dan membuatkan mereka berasa seolah-olah berada di dalam pelangi!




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Bisnes Kad Dan Gadget Membaiki Basikal

2 dalam 1

Bisnes kad dari Broke Bike Alley ini boleh digunakan untuk memutar bolt dan membaiki spoket. Kad ini boleh disimpan di dalam dompet dan digunakan sekiranya berlaku kerosakan pada basikal anda.



Sumber: Rethink
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Lawak #16 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 25 March 2012

Betul Betul Cool - Video Kapal Angkasa Darth Vader Mendarat Di Denmark

Kelibat Death Star turut dikesan

Kapal angkasa Darth Vader iaitu Death Star dan Imperial Shuttle dilihat berlegar-legar di bandar Copenhagen, Denmark. Dalam video tersebut, kapal angkasa milik watak jahat dalam filem Star Wars itu turut mendarat di permukaan bumi!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Seni Keratan Daun Oleh Lorenzo Duran (6 Gambar)

Plant for the Planet

Lorenzo Duran adalah seorang pengkarya yang pakar dalam menghasilkan seni keratan daun. Hasil karya beliau telah digunakan oleh Legas Delaney untuk kempen Plant for the Planet. Kempen tersebut bertujuan untuk menunjukkan keupayaan daun yang boleh menyerap gas karbon dioksida.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Iklan Restoran Vegetarian

Restoran Tibits

Iklan ini adalah daripada Tibits, sebuah rangkaian restoran vegetarian terkemuka di Switzerland. Garfu gergasi diletakkan pada pokok di tempat letak kereta dan kawasan membeli belah di seluruh Switzerland untuk mempromosikan restoran mereka. Pada garfu tersebut, tertera slogan "Very, very fresh vegetarian food".


Sumber: Wirz & I Believe in Advertising
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #10 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 24 March 2012

Betul Betul Cool - Stadium Nike Di Bandar New York (6 Gambar)

Just do it

Stadium Nike adalah butik pengeluar barangan sukan berjenama itu yang dibuka di Stadium Browery, New York. Ruangan dalamannya cukup kreatif dan diinspirasikan daripada sukan bola sepak. Di sini, pelbagai program serta persembahan karya seni, rekaan dan seni bina yang berkaitan bola sepak akan diadakan sepanjang musim panas. Selain di New York, ia turut dibuka di Berlin, London, Milan, Paris dan Tokyo.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Pinggan Bercorak Kenderaan (7 Gambar)

"Transportation Plates" oleh Boguslaw Sliwinski

Pinggan unik yang bertemakan kenderaan ini direka oleh Boguslaw Sliwinski dari Poland. Bagi menampakkan pinggan seramik ini lebih menarik, beliau menyusun makanan di atasnya seolah-olah makanan tersebut sedang dipindahkan. Jom tengok dengan lebih dekat.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #9 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...