OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Monday 30 April 2012

Betul Betul Cool - Bilik Tidur Batman (9 Gambar)

Boleh disewa ikut jam

Bilik yang diinspirasikan daripada filem Batman ini merupakan salah satu daripada 46 bilik yang terdapat di Motel Eden. Terletak di Bandar Kaohsiung, Taiwan, ia boleh disewa mengikut jam dan menurut sumber, harga untuk 3 jam ialah $50. Bilik ini diubah suai sepenuhnya untuk memberikan pengalaman seakan berada di dunia Batman keada pengunjung, termasuklah tekstur dinding seakan di dalam gua, kereta Batman dan logo Batman yang berwarna hitam kuning boleh dilihat di seluruh sudut bilik tersebut.




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Nostalgia - Singa Yang Haloba

Bersyukurlah wahai Arnab

Hai! Satu lagi siri Kisah Dan Teladan yang sering disiarkan kat RTM zaman dulu-dulu. Cerita ni pendek je, tapi tetap dapat beri pengajaran kepada yang menonton. Rasanya stesen TV sekarang perlu jugak selitkan cerita-cerita macam ni kan? Walaupun nampak simple, kanak-kanak senang ingat dan moral dia pun jelas.

Rupa-rupanya Singa inilah pengasas tarian shuffle! Ngeee


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 29 April 2012

Koleksi Gambar Menarik #30 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 28 April 2012

Betul Betul Kreatif - Potret Daripada Kepingan Disket (5 Gambar)

Karya Nick Gentry

Artis dari London, Nick Gentry sangat dikenali dengan potret menakjubkan beliau yang menggunakan kepingan disket atau floppy disk sebagai kanvas. Penulis rasa ini adalah salah satu cara kitar semula yang sangat genius! Mari kita lihat karya terbaru beliau...


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tutorial - Cara Review Blog Di Laman Alexa

Tutorial Blog

Exchange Blog Review Di Alexa adalah salah satu Cara Menaikkan Ranking Alexa. Jadi harini penulis akan tunjukkan kat korang cara review blog di laman Alexa step by step. Okay sebelum korang start buat tutorial ni, penulis nak bagi tahu yang ianya sangat mudah dan korang cuma perlu ambil masa 5 minit je untuk siapkan! Apa tunggu lagi, jom kita mulakan!

Step By Step Cara Review Blog Di Laman Alexa


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Kisah Lawak #4 - Barulah Lapang

Lawok Oghang Tranung


There was this one family of Terengganu people nak balik raye and they were stuffed into one kancil. Seven of the family members all together. So the mum said,

Mum: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Dad: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lame dok sapa kappong.

Mum: Tujoh oghang dok leh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do'oh.

And then they thought and thought of the solution to their problem and how to make some space in the car. Suddenly their youngest son shouted.

Son: Abah², umi², awang tau doh guane nok buak. Kite skarang kang ade tujoh oghang. Tamboh la soghang lagi. Baru jadik 'lapang'...

Psst: Bijak sungguh anak² Terengganu ni, sebab tu la dapat UPSR  terbaik 11 tahun berturut-turut...hehehe
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 27 April 2012

Betul Betul Ohsem - Bot Mewah Dengan Pulau Tropika Diatasnya (10 Gambar)

Percutian impian

Direka oleh syarikat Yacht Island Design dari UK, bot mewah yang diberi nama Tropical Island Paradise ini pasti menjadi impian ramai orang untuk bercuti diatasnya. Dengan konsep pulau tropika dan gunung berapi diatasnya, bot mewah 90 meter ini turut dilengkapi dengan gim, sauna, perpustakaan dan panggung wayang. Ok, dipersilakan berangan...




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - Bagaimana Pokok Kaktus Hidup Di Padang Pasir?

Pokok yang bijak menyimpan air

Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. Walaupun padang pasir memperoleh hujan yang sedikit tetapi pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering.


Namun begitu duri yang terdapat pada pokok berkenaan turut memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam menghalang haiwan untuk memakannya dan juga menghalang tiupan angin yang kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu. Selain itu duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #29 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 26 April 2012

Betul Betul Cool - Muzium Video Game Di Berlin (20 Gambar)

Computerspielemuseum

Sejarah video game ataupun computer game bermula sejak 50 tahun dahulu lagi. Saintis dari Britain, A. Douglas yang dikenali sebagai bapa video game adalah orang pertama yang mencipta permainan seumpamanya. Beliau telah memperkenalkan sistem permainan OXO menggunakan komputer. Selepas itu, muncul pula permainan "Tennis for two" yang dihasilkan oleh ahli fizik dari Amerika, V. Higinbotham pada tahun 1958. Dalam permainan ini, pemain boleh melihat bola tenis melantun melalui skrin osiloskop dan mengawal arah dengan butang "kiri" dan "kanan". Sejak itu, permainan video game semakin berkembang pesat dan muncullah video game generasi baru seperti PSP dan XBOX.


Super Nintendo

Pada 1972, Nolan Bushnell dan Tad Dabney telah mengasaskan Atari, syarikat pertama yang mengeluarkan video game. Produk pertama mereka ialah game tenis yang dinamakan "Pong".

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Kereta Kebal Pengedar Buku (8 Gambar)

Menyerang orang ramai dengan ilmu

Artis dari Argentina, Raul Lemesoff mengubahsuai sebuah Ford Falcon 1979 yang pernah digunakan oleh pihak berkuasa Argentina kepada perpustakaan bergerak berbentuk seperti kereta kebal. Melalui projek bertajuk Arma De Instruccion Masiva, beliau membawa kenderaan tersebut mengelilingi Buenos Aires dan mengedarkan buku kepada masyarakat sekeliling secara percuma!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Nostalgia - Hikayat Sang Kancil, Kerbau Dan Buaya

Sang Bedal Yang Tidak Mengenang Budi

Assalamualaikum. Korang apa khabar? Pagi ni penulis nak ajak korang saksikan Kisah Dan Teladan tentang Sang Kancil, Kerbau dan Buaya di hutan belantara.

Oh, masa tengok dulu-dulu tak perasan pulak intro dia guna ayat yang sangat berbunga...huhuhu.
Geli plak ai!

Laser betul kata-kata Sang Kancil ni. Kalau korang jadi Si Kerbau tu, agak-agak sentap tak? Hehehe...

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 25 April 2012

Betul Betul Cool - Opel RAK e: Kereta Super Ringan & Menjimatkan (7 Gambar)

RM 4 boleh gerak 100 km!

Opel RAK e adalah kereta eksperimental yang menggunakan kuasa elektik daripada bateri. Dengan berat hanya 380 kg iaitu kira-kira satu pertiga daripada berat kereta kompak, RAK e mampu mencapai kelajuan 120 km/j dalam masa kurang daripada 13 saat dan kos perjalanannya juga sangat menjimatkan iaitu hanya satu euro (RM 4) untuk 100 km! Kereta konsep ini mempunyai dua tempat duduk dan panel solar 500-Watt di atas bumbungnya. Cekidaut!




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tutorial - Cara Mudah Buat Fan Page Facebook Untuk Blog

Cara mudah buat fan page untuk personal blog atau blogshop anda

Assalamualaikum. Harini penulis nak kongsi Cara Buat Fan Page Facebook. Rasanya ramai yang dah tahu, sebab cara dia sangat mudah cuma bagi yang takut-takut nak cuba tu, boleh lah baca Tutorial - Cara Buat Fan Page Facebook ni sebagai panduan. Baiklah, mari kita mulakan!

Tutorial - Cara Buat Fan Page Facebook

Langkah 1

- Mula-mula korang pergi ke Fan Page Blog Rilek-Rilek dan klik pada "Create a Page" atau klik je kat SINI.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Respek - Semangat Pelajar Sekolah Di Kenya (15 Gambar)

Belajarlah hargai ilmu

Dalam perjalanan dari Nairobi ke Taman Negara Maasai Mara, terdapat sebuah pekan kecil bernama Narok. Di sinilah terletaknya Sekolah Aldo-Rebby. Jom kita lihat bagaimana keadaan sekolah di Kenya ini dengan lebih dekat...


Perkara pertama yang menjadi perhatian ialah papan tanda sekolah tersebut. Setiap sekolah di Afrika mempunyai papan tanda seperti ini di tepi jalan.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Lawak #23 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 24 April 2012

Betul Betul Unik - Restoran Atas Pokok Di Thailand (7 Gambar)

Waiter "terbang"

Terletak di Pulau Kood, Thailand, Resort Soneva Kiri cuba memberikan kelainan kepada pengunjung mereka. Di sini, mereka mempunyai restoran berbentuk seakan sarang burung yang dibina di atas pokok! Dengan ketinggian lebih kurang 5 meter, pengunjung boleh menikmati pemandangan yang dikelilingi oleh hutan tropika dan pantai berdekatan sambil menunggu makanan mereka dibawa oleh waiter "terbang". Wohoo!




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Jadual Penuh Perlawanan & Kedudukan Kumpulan EURO 2012 (Waktu Malaysia)

Siapa bakal juara EURO 2012?

Sempena kehangatan kejohanan EURO 2012 yang akan berlangsung bermula 8 Jun nanti, penulis dah sediakan  Jadual Penuh Perlawanan EURO 2012 megikut waktu di Malaysia. Kalau yang kerja shift tu, bolehlah start kawtim dengan member untuk tengok pasukan kegemaran korang beraksi...hehe.


Tapi sebelum kita tengok Jadual Penuh Perlawanan EURO 2012, penulis nak cerita sikit pasal kumpulan maut dalam kejohanan kali ni.


Kumpulan maut yang dimaksudkan ialah Kumpulan B. Nampaknya pasukan feveret penulis, Holland terpaksa kerja keras dari awal kejohanan. Tapi menurut firasat penulis, peluang Holland untuk bergelar juara sangat cerah jika berjaya melepasi peringkat kumpulan.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - Adakah Ikan Minum?

Ikan mempunyai sistem pengasingan garam

Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut.


Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum. Kelebihan ikan adalah ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air!

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #28 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 23 April 2012

Betul Betul Ohsem - Stadium Terapung Di Singapura (8 Gambar)

Pentas terapung terbesar di dunia

Dikenali sebagai The Float at Marina Bay dan juga Marina Bay Floating Platform, stadium terapung ini merupakan pentas terapung terbesar di dunia! Platform berukuran 120 meter panjang dan 83 meter lebar ini terletak di Marina Bay, Singapura dan diperbuat sepenuhnya daripada keluli. Ia boleh menampung berat sehingga 1,070 tan, iaitu bersamaan berat kesuluruhan 9,000 orang, 200 ton prop pentas dan 3 kenderaan askar yang beratnya 30 tan setiap satu. Di hadapan pentas tersebut terdapat tempat duduk yang boleh memuatkan seramai 30,000 penonton. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa 13 bulan dan pada April 2007, stadium ini siap sepenuhnya.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Cool - Akuarium Dalam Sinki (4 Gambar)

Moody Aquarium Sink

Laman web produk barangan rumah eksklusif, Opulent Items kini menawarkan sinki untuk bilik mandi yang juga berfungsi sebagai akuarium yang dinamakan Moody Aquarium Sink. Ia turut dilengkapi dengan sistem penapisan dan pengaliran air, sistem bekalan oxygen serta pencahayaan. Harga yang seunit ialah $4,500.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #27 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 22 April 2012

Betul Betul Cool - Ringen: Jam Tangan Mewah Edisi Terhad (8 Gambar)

Diperbuat daripada emas putih

Jam tangan konsep mewah bernama Ringen ini direka oleh pereka Perancis, Marc Tran. Beliau mendapat inspirasi daripada bentuk automotif dan bola yang bulat. Hampir keseluruhan jam ini diperbuat daripada emas putih manakala cakera biru yang menunjukkan unit jam diperbuat daripada aluminium khas. Untuk mengetahui masa yang ditunjukkan, korang perlu juga mengetahui perkara berikut. Bebola biru mewakili 2 minit, ia bergerak melalui lapisan logam hitam di bawahnya. Satu lagi bebola biru yang mengelilingi permukaan jam mewakili saat. Cool!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Kreatif - Beg Galas Seakan Kartun 2D (7 Gambar)

Percayalah yang ianya real

Pereka dari Taiwan, Chay Su dan Rika Lin daripada JumpFromPaper telah menghasilkan beberapa design beg galas yang kelihatan seolah-olah ilustrasi kartun 2D. Memang kreatif!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Kisah Lawak #3 - Matahari di Tampoi

Teringat cerita Keluang Man...

Bukan senang nak handle orang gila. Jiwa dan raga kena kental. Jom ikuti satu kes dimana dua orang gila sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.


Orang Gila 1: (Sambil naik atas meja) "Kamu tahu tak?"
Orang Gila 2: "Tahu apa?"
Orang Gila 1: "Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi)
                        lihatlah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang Gila 2: (Dalam hati) "Jangan-jangan dia ni bertambah gila, aku mesti lapor
                        pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku...

Orang Gila 2: "Doktor, kawan saya tu mungkin bertambah gilanya."
Doktor:          "Kenapa?"
Orang Gila 2: "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah
                        matahari, dunia ni terang dia yang buat."
Doktor:          "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang Gila 2: "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ni nanti..."
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 21 April 2012

Betul Betul Unik - Melawat Muzium Tram Di Porto (26 Gambar)

Klasik!

Petang ni penulis nak ajak pembaca sekalian bersantai sambil melawat muzium tram yang terletak di Portugal ni. Seperti yang korang dapat lihat, kesemua tram yang dipamerkan di sini masih dalam keadaan baik, malah ada diantaranya masih boleh berfungsi.

Pada abad ke-19, pengangkutan awam di Porto dipelopori oleh tram yang menggunakan kuda seperti di atas.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...