Siapa bakal juara EURO 2012?
Sempena kehangatan kejohanan EURO 2012 yang akan berlangsung bermula 8 Jun nanti, penulis dah sediakan Jadual Penuh Perlawanan EURO 2012 megikut waktu di Malaysia. Kalau yang kerja shift tu, bolehlah start kawtim dengan member untuk tengok pasukan kegemaran korang beraksi...hehe.
Tapi sebelum kita tengok Jadual Penuh Perlawanan EURO 2012, penulis nak cerita sikit pasal kumpulan maut dalam kejohanan kali ni.
Kumpulan maut yang dimaksudkan ialah Kumpulan B. Nampaknya pasukan feveret penulis, Holland terpaksa kerja keras dari awal kejohanan. Tapi menurut firasat penulis, peluang Holland untuk bergelar juara sangat cerah jika berjaya melepasi peringkat kumpulan.

