OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!
Showing posts with label euro 2012 poland ukraine. Show all posts
Showing posts with label euro 2012 poland ukraine. Show all posts

Thursday, 14 June 2012

Senarai Penjaring Terbanyak Kejohanan UEFA Euro (Terkini)

Fernando Torres penjaring terbanyak Euro 2012

Kejohanan UEFA Euro 2012 Poland-Ukraine telah pun berlangsung selama 6 hari dan sebagai penyokong Holland, penulis agak kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad The Oranje dalam 2 perlawanan sebelum ini.


Jika Holland gagal melepasi peringkat kumpulan, peluang Robin van Persie untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan juga pastinya terkubur. Selain van Persie, antara nama yang sering disebut bakal memenangi kasut emas untuk Euro 2012 ini ialah Karim Benzema (Perancis), Mario Gomez (Jerman), Andriy Shevchenko (Ukraine), Alan Dzagoev (Rusia), Cristiano Ronaldo (Portugal), Thomas Muller (Jerman) dan Robert Lewandowski (Poland).

Senarai Penjaring Terbanyak Kejohanan Euro 2012 (Update 29 Jun)

3 gol - Fernando Torres (Sepanyol), Mario Balotelli (Itali), Mario Gomez (Jerman), Cristiano Ronaldo (Portugal), Alan Dzagoev (Rusia), Mario Mandžukić (Croatia)
2 gol - David Silva (Sepanyol), Cesc Fàbregas (Sepanyol), Xabi Alonso (Sepanyol), Andriy Shevchenko (Ukraine), Václav Pilař (Republik Czech), Petr Jiráček (Republik Czech), Nicklas Bendtner (Denmark), Michael Krohn-Dehli (Denmark), Zlatan Ibrahimović (Sweden), Dimitris Salpingidis (Greece)
1 gol - Jesus Navas (Sepanyol), Juan Mata (Sepanyol), Jordi Alba (Sepanyol), Antonio Di Natale (Itali), Andrea Pirlo (Itali), Antonio Cassano(Itali), Lars Bender (Jerman), Lukas Podolski (Jerman), Philipp Lahm (Jerman), Sami Khedira (Jerman), Miroslav Klose (Jerman), Marco Reus (Jerman), Mesut Ozil (Jerman), Silvestre Varela (Portugal), Pepe (Portugal), Hélder Postiga (Portugal), Wayne Rooney (England), Theo Walcott (England), Andy Carroll (England), Danny Welbeck (England), Joleon Lescott (England), Rafael van der Vaart (Belanda), Robin van Persie (Belanda), Roman Pavlyuchenko (Rusia), Roman Shirokov (Rusia), Jakub Błaszczykowski (Poland), Robert Lewandowski (Poland), Nikica Jelavić (Croatia), Samir Nasri (Perancis), Yohan Cabaye (Perancis), Jeremy Menez (Perancis), Georgios Samaras (Greece), Fanis Gekas (Greece), Giorgos Karagounis (Greece), Sean St Ledger (Ireland), Olof Mellberg (Sweden), Sebastian Larsson (Sweden)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday, 8 June 2012

Betul Betul Gempar - Jersi Sembilan Pasukan Euro 2012 Bertoksik?

Jersi Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal

Satu penyelidikan yang dijalankan pertubuhan pengguna di Eropah menunjukkan jersi sebilangan pasukan Euro 2012 mengandungi toksik. Kaji selidik terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membuat jersi Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal mendapati baju sembilan pasukan itu mengandungi bahan kimia membimbangkan.


BEUC, pertubuhan yang mewakili semua organisasi pengguna kebangsaan Kesatuan Eropah (EU), memberi amaran kepada peminat yang berbelanja besar untuk membeli jersi pasukan kesayangan mereka bahawa tindakan itu seperti meracuni diri. Baju Poland, menurut BEUC, begitu membahayakan dan perlu diharamkan.

Logam Lead ditemui pada baju Sepanyol, Jerman, Ukraine, Rusia, Perancis dan Itali. Bahan yang digunakan pada baju Jerman dan Sepanyol melebihi paras dibenarkan untuk produk kanak-kanak. Jersi Portugal dan Belanda pula mengandungi nikel.

"Baju Poland patut dilarang dijual di kedai kerana mengandungi organotin yang digunakan untuk mencegah bau peluh. Disebabkan ia mengandungi dos melebih paras dibenarkan, organotin mungkin membawa kesan kepada sistem saraf," kata BEUC .

Peminat sanggup membayar hampir 90 euro (RM357) untuk sehelai baju pasukan kegemaran mereka yang sebenarnya bukan berkualiti dan selamat," kata Ketua Pengarah BEUC, Monique Goyens.

P/S: Macam mana pulak ngan jersi gred double triple A yang korang beli tu? Hehu
Sumber: Utusan Online
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday, 24 April 2012

Jadual Penuh Perlawanan & Kedudukan Kumpulan EURO 2012 (Waktu Malaysia)

Siapa bakal juara EURO 2012?

Sempena kehangatan kejohanan EURO 2012 yang akan berlangsung bermula 8 Jun nanti, penulis dah sediakan  Jadual Penuh Perlawanan EURO 2012 megikut waktu di Malaysia. Kalau yang kerja shift tu, bolehlah start kawtim dengan member untuk tengok pasukan kegemaran korang beraksi...hehe.


Tapi sebelum kita tengok Jadual Penuh Perlawanan EURO 2012, penulis nak cerita sikit pasal kumpulan maut dalam kejohanan kali ni.


Kumpulan maut yang dimaksudkan ialah Kumpulan B. Nampaknya pasukan feveret penulis, Holland terpaksa kerja keras dari awal kejohanan. Tapi menurut firasat penulis, peluang Holland untuk bergelar juara sangat cerah jika berjaya melepasi peringkat kumpulan.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...