OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Tuesday 31 July 2012

Kisah Lawak #11 - Boss Dan Orang Gaji

Siapa lagi sengal?


Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org Kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…”

Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir!! Right Away!!”

Terus dia bergegas ke kedai yang ade jual kereta. Orang Kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “Tengok, kan betul tu? Dia bodoh nak mampus”

Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si Org Kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir!! Right Away!!” Ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temannye sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Eh, kau tahu tak, boss aku tu bodoh betul. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan sekarang dah pukul 12 tengah malam tentulah kedai tutup..”

Ali: “Boss aku pun bodoh jugak. Ada ke dia boleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak.. Kalau guna telefon je kan senang...”
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 30 July 2012

Koleksi Pengembaraan Dunia #19 (10 Gambar)

Jom mengembara ke serata dunia!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 29 July 2012

Betul Betul Info - Sejarah Penciptaan Penyangkut Baju

Albert J.Parkhouse

Rekaan penyangkut baju bermula apabila Albert J.Parkhouse mendapati tidak terdapat tempat untuk menyangkutkan baju dan topi di tempat kerjanya. Parkhouse mengambil dawai di tempat kerjanya dan membengkokkan kepada bentuk yang sesuai untuk menyangkutkan kot yang dipakai.


Tempat beliau bekerja sukakan idea berkenaan dan mempatenkannya atas nama tuan punya syarikat berkenaan, Timberlake. Akhirnya Timberlake mendapat keuntungan yang besar tetapi malangnya Parkhouse tidak mendapat satu sen pun.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Pelik - Haiwan Photoshop #4 (10 Gambar)

Creeeepy!

Jom kita saksikan spesies haiwan terbaru yang terhasil daripada gabungan idea kreatif dan skil photoshop yang mantap.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 28 July 2012

Koleksi Gambar Lawak #29 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 27 July 2012

Koleksi Pengembaraan Dunia #18 (10 Gambar)

Jom mengembara ke serata dunia!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 26 July 2012

Betul Betul Info - Mengapa Kita Perlu Tidur?

Beri peluang otak berehat

Tiada siapa yang tahu jawapan sebenarnya tetapi terdapat teori yang mengatakan bahawa tidur dapat memberikan badan peluang untuk membaiki otot dan tisu, melambatkan penuaan serta menggantikan sel yang mati. Selain itu, tidur juga memberikan otak peluang untuk menyusun dan menyimpan ingatan. Mimpi merupakan sebahagian daripada prosesnya. Tidur juga merendahkan penggunaan tenaga, jadi kita hanya perlu makan tiga kali sehari berbanding empat atau lima.


Menurut ScienceNews Online, kucing yang tidak tidur akan mengeluarkan lebih banyak adenosin (sejenis bahan kimia yang memainkan peranan penting dalam proses biokomia badan terutama dalam pemindahan tenaga). Tidur adalah satu cara mengecas semula otak menggunakan adenosin sebagai isyarat bahawa otak perlu berehat.

Apabila rembesan adenosin mempengaruhi aktiviti otak, peningkatan kepekatan bahan kimia ini akan membakar simpanan tenaga dan perlu direhatkan buat sementara waktu. Biasanya, paras adenosin dalam otak meningkat semasa sedar dan menurun ketika tidur. Dengan tidur lena pada malam hari, kita akan berasa segar dan bersedia untuk hari baru.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #42 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 25 July 2012

Kisah Lawak #10 - Had Laju

Jalan Bukit Bintang


Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 km sejam sahaja.

Maka Polis trafik pun berfikir "Tak boleh jadik ni..lambat dari kura-kura. Sangat bahaya bagi pemandu yang lain."

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita berusia dalam 70-an berasa sangat hairan dan bertanya "Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. Kenapa ditahan?"

Polis trafik menjelaskan "Makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"

"Lambat dari had laju?" Wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" Bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

"Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… Adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? Nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat." Polis trafik itu bertanya kehairanan

"Oh… jangan bimbang, mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 24 July 2012

Koleksi Pengembaraan Dunia #17 (10 Gambar)

Jom mengembara ke serata dunia!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 23 July 2012

Betul Betul Info - Apakah Logam Paling Kuat Di Dunia?

Digunakan untuk membuat enjin roket

Logam paling kuat di dunia dalam jadual berkala kimia adalah tungsten. Perkataan tungsten berasal daripada Sweden yang membawa maksud batu berat. Logam berkenaan ditemui pada kurun ke-18 oleh sekumpulan ahli kimia Sepanyol dan adik beradik Jos dan Fausto Elhuyar.


Hari ini tugsten digunakan bagi membuat filamen logam dalam mentol elektrik, lampu dan tiub televisyen. Tungsten mempunyai takat suhu lebur yang paling tinggi berbanding logam lain iaitu 1,650C. Logam berkenaan amat berharga kerana tidak mudah terhakis, amat kuat dan menghurai atau merosot dengan kadar yang sangat perlahan. Disebabkan ciri-ciri berkenaan, saintis menggunakan tungsten bagi membuat enjin roket.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #41 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 22 July 2012

Koleksi Gambar Lawak #28 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 21 July 2012

Koleksi Pengembaraan Dunia #16 (10 Gambar)

Jom mengembara ke serata dunia!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 20 July 2012

Betul Betul Info - Sejarah Penciptaan Liquid Paper

Cecair pemadam pen

Tahukah anda cecair putih yang digunakan untuk memadamkan kesilapan di atas kertas? Dulunya cecair berkenaan dipanggil 'mistake out' dan telah direka oleh seorang ibu tunggal, Bette Nesmith Graham yang terpaksa keluar bekerja untuk menyara anaknya.


Walaupun bertugas sebagai jurutaip, Graham bukanlah seorang yang cekap menaip dan sering menggunakan cat putih bagi melindungi kesilapan yang dilakukannya. Dengan menggunakan dapur dan garaj makmal, Graham menghasilkan produk yang menjadi rebutan dikalangan pekerja pejabat lain.

Semasa bekerja sebagai setiausaha, Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik. Selepas produknya ditolak oleh IBM, Graham terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun.

Pada 1968, Graham mula mendapat keuntungan dan 10 tahun kemudian Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Pelik - Haiwan Photoshop #3 (10 Gambar)

Creeeepy!

Jom kita saksikan spesies haiwan terbaru yang terhasil daripada gabungan idea kreatif dan skil photoshop yang mantap.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 19 July 2012

Tazkirah - Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Harian, Doa Berbuka Puasa, Doa Selepas Berbuka Puasa

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum. Seperti yang diumumkan sebentar tadi, tarikh mula puasa untuk tahun ini adalah pada hari Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433 Hijrah. Jadi penulis nak kongsi beberapa perkara sempena bulan ibadah ni. Moga-moga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya..


NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN


Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)


Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.


DOA BERBUKA PUASA


Maksud: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Kisah Lawak #9 - Wak Kasim Dan Pelampung

Memang tak logik


Suatu hari Wak Kasim hendak pergi memancing di tengah lautan. Setelah semua peralatan memancing dibawa, Wak Kasim pun menaiki sampannya sehingga sampai di tenggah lautan.

Tiba-tiba sampan Wak Kasim bocor. Dia pun menggelabah, puas dicarinya pelampung, tetapi tak jumpa.

Oh! baru dia teringat, rupa-rupanya pelampungnya tertinggal di rumah. Wak Kasim pun cepat-cepat berenang hingga ke pantai hendak balik ke rumah untuk mengambil pelampungnya…
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 18 July 2012

Koleksi Pengembaraan Dunia #15 (10 Gambar)

Jom mengembara ke serata dunia!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 17 July 2012

Betul Betul Info - Bagaimana Yahoo! Bermula?

Yet Another Hierarchical Officious Oracle

Boleh dikatakan tiada pengguna internet yang tidak mengetahui laman web enjin pencarian Yahoo! di alamat www.yahoo.com. Enjin pencarian ini telah digunakan dengan meluas sejak 10 tahun lepas bagi pengguna yang ingin mencari maklumat di internet yang mempunyai berjuta-juta laman web.


Nama Yahoo! sebenarnya merupakan singkatan kepada 'Yet Another Hierarchical Officious Oracle'. Yahoo! bermula dengan usaha Jerry dan David memberi panduan atau direktori kepada dunia World Wide Web atau internet yang dikenali sebagai "Jerry and David's Guide to the World Wide Web".

Ia bermula sebagai hobi kedua-dua pelajar itu untuk melakukan senarai indeks laman-laman web menarik pada 1994 dan kini ia telah menjadi antara laman web paling terkenal. Jerry Yang dan David Filo merupakan siswazah ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada semasa mereka memulakan laman web berkenaan.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #40 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 16 July 2012

Koleksi Gambar Lawak #27 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 15 July 2012

Koleksi Pengembaraan Dunia #14 (10 Gambar)

Jom mengembara ke serata dunia!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 14 July 2012

Betul Betul Info - Asal Usul Nama Bluetooth

Dari nama Raja Denmark

Nama Bluetooth sebenarnya diperoleh daripada nama Harald Bluetooth, iaitu Raja Denmark di akhir abad ke-10 yang berjaya menggabungkan Denmark dan sebahagian Norway dalam sebuah negara (hasil menyatukan suku-suku yang sebelumnya berperang, termasuk suku dari wilayah yang sekarang bernama Norwegia dan Swedia).


Dengan keupayaan raja itu sebagai perhubungan rakyat, nama tersebut digunakan mirip dengan teknologi bluetooth sekarang yang merupakan teknologi tanpa wayar yang menyambungkan beberapa peralatan komputer atau berkaitannya, termasuk telefon bimbit. Pemilihan nama berkenaan turut menunjukkan betapa pentingnya syarikat dari Baltik dalam industri komunikasi walaupun ia melibatkan sebahagian kecil teknologi.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #39 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 13 July 2012

Betul Betul Unik - Bangunan Berbentuk Bakul (3 Gambar)

Basket Building

Sekiranya anda merancang berkunjung ke Ohio, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat ini, jangan ketinggalan melawat ke ibu pejabat sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Basket Company yang terletak di Longaberger Town, Newark.


Cadangan itu mungkin kedengaran tidak menarik, namun percayalah, anda pasti kagum tatkala melihat reka bentuk bangunannya lantaran ia diiktiraf sebagai antara yang paling kreatif, unik dan menakjubkan di AS.

Sejarah bangunan yang dikenali sebagai Basket Building itu bermula apabila pengasas syarikat itu, Dave Longaberger memasang impian untuk membina sebuah pejabat berbentuk sebuah bakul gergasi. Ketika dia menyuarakan idea tersebut, banyak pihak yang beranggapan ia sebagai satu gurauan memandangkan Dave sendiri seorang yang suka berlawak.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Kisah Lawak #8 - Kecemasan Di Kelantan

Sebut betul-betul...


Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu…

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa

“Pok cik ni sakit gapo?”

“Kecing manih. Lamo doh.”

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

“Tu bakpo pulok?”

“Kecemase”

“Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih.”
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 12 July 2012

Koleksi Pengembaraan Dunia #13 (10 Gambar)

Jom mengembara ke serata dunia!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 11 July 2012

Betul Betul Ohsem - Keindahan Hutan Buluh Di Jepun (9 Gambar)

Hutan Buluh Sagano

Terletak di kawasan pergunungan Arashiyama, Kyoto, hutan buluh ini pasti dapat memberikan ketenangan kepada pengunjung dengan alunan batang buluhnya yang tinggi lampai apabila ditiup angin.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Pelik - Haiwan Photoshop #2 (10 Gambar)

Creeeepy!

Jom kita saksikan spesies haiwan terbaru yang terhasil daripada gabungan idea kreatif dan skil photoshop yang mantap.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...