OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Friday, 13 July 2012

Betul Betul Unik - Bangunan Berbentuk Bakul (3 Gambar)

Basket Building

Sekiranya anda merancang berkunjung ke Ohio, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat ini, jangan ketinggalan melawat ke ibu pejabat sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Basket Company yang terletak di Longaberger Town, Newark.


Cadangan itu mungkin kedengaran tidak menarik, namun percayalah, anda pasti kagum tatkala melihat reka bentuk bangunannya lantaran ia diiktiraf sebagai antara yang paling kreatif, unik dan menakjubkan di AS.

Sejarah bangunan yang dikenali sebagai Basket Building itu bermula apabila pengasas syarikat itu, Dave Longaberger memasang impian untuk membina sebuah pejabat berbentuk sebuah bakul gergasi. Ketika dia menyuarakan idea tersebut, banyak pihak yang beranggapan ia sebagai satu gurauan memandangkan Dave sendiri seorang yang suka berlawak.

Bukan sahaja pihak institusi kewangan, arkitek, syarikat pembinaan tidak menganggapnya sebagai serius, malah dalam kalangan kakitangan syarikat itu juga. Bagaimanapun, beliau tetap dengan pendiriannya atas alasan, Basket Building berupaya menarik perhatian masyarakat di samping mengukuhkan jenama syarikat itu.


Mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, impian Dave akhirnya terlaksana pada Disember 1997, apabila bangunan itu diperkenalkan buat pertama kali kepada umum. Berkeluasan sehingga 16,722 meter persegi dan dibina di atas tapak seluas 10 hektar, bangunan itu mempunyai berat sekitar 8,000 hingga 9,000 tan.

Ia turut dilengkapi dua tangkai pemegang di bahagian atasnya yang diperbuat daripada tembaga seberat kira-kira 150 tan. Sebaik sahaja ia siap, ibu pejabat Longaberger Basket mula menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan warga AS malah para pelancong dari seluruh dunia yang kagum dengan keunikan rekaannya.


Pada tahun 1998, ia telah menerima Anugerah Pembinaan Ohio disebabkan sistem plaster sintetik yang digunakan. Di bahagian dalamnya juga menitikberatkan tata rias dalaman yang moden dan kontemporari. Sebuah tangga besar, piano dan lantai marmar yang berkilau hanyalah sebahagian daripada tarikannya. Di samping itu, lukisan-lukisan mewah dan galeri yang memaparkan sejarah keluarga Longaberger yang mengusahakan perniagaan itu sejak tahun 1919 turut dipamerkan.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

5 Tindak Balas:

CINTA UNTUK KITA said...

aiyooo unikny..:)

Tcca Anuar said...

haha kalau mak cik mak cik tengok gambar ni mesti ingat ni bakul betul. heheh

eva said...

mmg uniq! suka tgk pemegang bakul tu. mesti ternganga mulut kalo tgk betul2 kat sana haha

cx's said...

terbaik. kreatif gile.

dyan said...

sangat kreatif...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...