OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Thursday 5 July 2012

Betul Betul Cool - Muzium LEGO Di Republik Czech (23 Gambar)

Mari belajar sejarah LEGO

Muzium LEGO yang terletak di tengah bandar Prague ini pastinya menarik minat bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa untuk melihat sendiri keunikan dan kehebatan pelbagai binaan LEGO dengan lebih dekat. Ia dibuka setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Tiket masuk bagi kanak-kanak ialah 130 CZK (RM 21) manakala 200 CZK (RM 32) untuk orang dewasa. Kesemua koleksi yang terdapat di dalam muzium ini adalah milik seorang warga Czech berumur 37 tahun yang sangat minat mengumpul model LEGO sejak dahulu lagi.



Koleksi LEGO daripada filem Star Wars...







Bahan pameran yang terbesar di muzium ini ialah model Taj Mahal di atas yang menggunakan hampir 6,000 bongkah LEGO.


Syarikat LEGO ditubuhkan di Denmark pada 1932. Perkataan "LEGO" muncul pada 1934 yang diambil daripada perkataan "leg godt" yang bermaksud "play well". Nama asal produk tersebut ialah "Automatic Binding Bricks".





Setiap unit LEGO mestilah mempunyai ukuran yang tepat supaya ia mudah dicantumkan. Untuk memastikan keadaan ini berlaku, LEGO telah mengeluarkan poduk mereka dengan ketepatan 2 mikron! 



Model kereta api ini boleh bergerak dan dikawal menggunakan remote control.



Sejak tahun 1991 iaitu bermulanya era video game dan permainan komputer, syarikat ini menanggung kerugian selama 11 tahun. Hanya dengan mengeluarkan set robot yang baru sahaja dapat membaiki situasi mereka.


Sumber: romanzalesov & Wonder a Day


Dapatkan trafik percuma dengan sertai 
Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012 (Tarikh Tutup: 10 Julai 2012)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

0 Tindak Balas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...