OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Sunday 15 April 2012

Betul Betul Info - Koala Haiwan Yang Tidak Minum

Juga tidak tergolong dalam kumpulan beruang

Koala yang banyak terdapat di Australia tidak perlu meneguk air untuk minum. Nama ‘koala’ itu sendiri yang diberi oleh kaum asli di negara tersebut, bermaksud ‘haiwan yang tidak minum’. Namun sebenarnya, koala mendapat sumber air daripada daun eucalyptus yang dimakannya.


Koala bukanlah tergolong dalam kumpulan beruang walaupun bentuknya seperti beruang. Haiwan ini tergolong dalam kumpulan marsupial iaitu binatang yang mempunyai uncang untuk melindungi anak masing-masing. Koala menghabiskan 14 jam sehari untuk tidur. Haiwan ini lebih selesa berada di atas pokok kerana keadaan fizikalnya yang memberi kelebihan untuk memanjat pokok. Terdapat ruang yang luas antara dua jari koala dan ibu jari kakinya yang besar membolehkannya memegang kuat dahan pokok.

Pada masa dahulu, koala merupakan sumber makanan yang penting kepada kaum asli di Australia. Menjelang tahun 1920an haiwan ini hampir pupus disebabkan pemburuan untuk mendapatkan bulunya. Koala boleh hidup sehingga 14 tahun jika berada di kawasan yang bebas daripada gangguan manusia.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

4 Tindak Balas:

Sis AI said...

Sy rsa kan.. Klu bro tak bgtau, smpai bila2 la sy taktau dia tak minum and dia bukan beruang. (=__=) Apapun, perkongsian yg sgt baik! Trima ksih bro!

P#eoniX said...

macam patung mascot australia je aku nengok...huhuhhh...

Anisa Anuar said...

thanks for the info...
sgt bermanfaat...=)

lama giler dia tdo...hehehe

CikUna said...

Auuww.. sangat2 cumil yo.. rasa nak peluk2 je.. eceh.. tapi bahayakah jika ingin memeluk dia ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...