OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Saturday 10 March 2012

Betul Betul Sweet - Penyerang Terengganu, Manaf Mamat Akhiri Zaman Bujang (4 Gambar)

Tanggal 9 Mac 2012, penyerang berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat, 25, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sabihah Johan, 25, di rumah pengantin perempuan di Taman Perumahan Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu.



Manaf ketika ditemui, melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hatinya sejak di bangku sekolah itu akhirnya menjadi kenyataan.

"Saya harap perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan memberi saya semangat yang lebih kuat untuk membantu pasukan Terengganu memenangi perlawanan menentang Perak esok (hari ini) sebagai hadiah perkahwinan," katanya. Pasangan suami isteri ini juga dijadualkan berbulan madu selepas perlawanan tersebut.



Abdul Manaf sebelum ini menjadi wira membantu pasukan skuad Terengganu dalam kempen pembukaan kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) setelah menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An Selasa lepas.

psst:
Tahniah Manaf! Budok skoloh penulis ni...
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

0 Tindak Balas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...