OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Monday 20 February 2012

Betul Betul Nostalgia - 10 Barang Yang Semakin Dilupakan

Salam semua. Kali ni nak kongsi dengan korang beberapa barang yang dulunya mungkin pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita tetapi sekarang ramai yang dah lupakan kewujudannya. Mungkin jugak ada budak² generasi sekarang yang langsung tak pernah dengar atau tengok barang² ni secara live. Apa tunggu lagi, jom saksikan 10 Barang Yang Semakin Dilupakan...


1. Walkman

- Gadget impian semua anak muda zaman dulu-dulu. Guna kaset untuk dengar lagu.


2. Discman

- Lebih kurang Walkman, tapi yang ni guna CD. Tak sempat popular kerana tidak lama selepas kemunculannya, pemain mp3 seperti iPod diperkenalkan.


3. Kaset

- Kalau ada budak-budak buat pedajal main tarik tali dia tu, terpaksa la putar secara manual guna pensel. Itupun kalau tak putus.


4. Video Tape


- Masa umur 4-5 tahun selalu senyap² pergi umah jiran sebelah, tengok citer My Little Pony.


5. Disket

- Nak transfer file masa dulu bukan macam sekarang, main download je sesuka hati. Satu disket baru 1.44MB, jadi dalam kepala selalu cari mana² file untuk di delete sebab space tersangatlah terhad.


6. Filem Kamera (Kodak)


- Jenama lain pun ada jugak rasanya, tapi Kodak la yang legend. Bab bergambar pulak, terpaksa catu sebab satu filem boleh ambil 36 keping je. Itupun selagi gambar tak dicuci, hati akan gundah gulana takut² gambar tak menjadi.


7. Mesin Taip

- Sebelum adanya komputer, mesin taip memang digunakan dangan meluas. Memang mencabar buat kerja guna benda ni...dah la kena hentak keyboard tu kuat², pastu kena taip dengan hati-hati, tak boleh tersilap walaupun satu huruf. Kalau tak, tiada maaf bagimu.Yang best pasal benda ni, bila dah sampai hujung tu dia akan bunyi "ting" pastu kita tolak & start balik tulis dari belah kiri. Pernah jugak penulis buat jadi alat muzik...hehe


8. Jam Loceng

- Mungkin ada lagi yang pakai jam sebijik macam ni. Tapi dah ramai yang tinggalkannya...set alarm guna handset lagi senang kan?


9. Mouse Dengan Roller

- Ini pun masih ramai yang guna, tapi tunggu masa je nak pupus. Baru² ni penulis ada terjumpa orang jual mouse cenggini, satu = RM2.


10. Kad Public Phone

- Budak asrama memang selalu guna kad ni nak telefon mak ayah kat rumah. Ada yang siap buat koleksi lagi...

Itulah senarai 10 Barang Yang Semakin Dilupakan versi penulis. Pasti korang pun ada pengalaman guna barang² ni kan? Kongsi la sikit...


psst: Ehem ehem...layan My Little Pony itu macho. Sekian.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

14 Tindak Balas:

Unknown said...

kenangan dulu2..disket dan lain..bak kata sapa ntah, dulu lain sekarang lain..huhu

MR & MRS SAFUAN said...

kad tepon tu in memory.. hehehehe

Unknown said...

yg buat aq teringat kad phone & walkman..ehehe mybe adik aq x kenal benda tuh

Anonymous said...

Kalau sesapa ada barang nie, simpan, dalam 20 tahun lagi korang jual balik, harganya pasti melambung, Hari tu abang aku pegi "plea market". saja je dia tanya, (bukan Nak beli pun).
walkman sony,(berapa tangan pakai pun tak tahu) tapi harganya.Rm 3,000 ribu.

S.A.M said...

@ijA

memang byk yg dh berubah, padahal br brape tahun kn...

S.A.M said...

@~sHiDa dAn sAfUaN FaMiLy~

slalu guna ke kak? huhu

S.A.M said...

@Azahari Yassin

budak skrg diorg kenal iphone ngan handset walkman je...

S.A.M said...

@Anon

betul ke harga smpai 3 ribu? rasanya kat umah ada kot walkman sony...kena simpan ni...hehehe

cik abbit said...

my little pony tu cite ape ?

S.A.M said...

@cik abbit

my little pony tu citer kartun budak2 pompuan dulu. ala2 barbie la jugak tp barbie tu anak patung, yg ni unicorn...

~Cik Sweety~ said...

sya msh smpn lagi filem kamera yg blum d cuci..hekhek..agk2 msh ade lgi ke mesin tuk cuci filem tuh??

S.A.M said...

@~Sweet Honesty~

skang memang susah nk cari kedai cuci filem. dah pupus agaknye...
filem kat umah enulis byk dh rosak, guna time nak tengok gerhana matahari...hehehe

Nurul Dyanna said...

discman tu still ada sampai sekrang..sayang nak lupakan gitu je..still want to find walkman sebab banyak kaset...

Anonymous said...

yup ramai yg mula shoot gambar guna filem sebab hasilnya lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...