OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Friday 4 May 2012

Betul Betul Cool - Muzium BMW Di Munich (20 Gambar)

Bermula sebagai pengeluar enjin kapal terbang

Munich boleh dianggap sebagai rumah kepada BMW kerana di sinilah terletaknya ibu pejabat dan muzium yang memaparkan sejarah lengkap syarikat automotif tersebut. Kalau sebelum ni penulis pernah bawa korang ke Muzium Porsche, kali ni penulis akan tunjukkan pula suasana di Muzium BMW. Jom!



Muzium ini terdiri daripada 2 buah bangunan. Bangunan yang pertama mempamerkan model terkini BMW dan melawatnya adalah percuma...

BMW Z4. Kelajuan maksimum mencecah 251km/j dan mampu mencapai 100km/j dalam masa 4.8 saat.



Terdapat beberapa robot berlegar di dalam bangunan ini dan kadang-kadang ia akan mendekati pengunjung ada di sekitarnya.

Bangunan kedua pula merupakan bahagian utama bagi muzium ini. Tiket masuk yang dikenakan ialah 6 euro (RM 24) untuk pelajar dan 12 euro (RM 48) untuk orang dewasa.



Motorsikal pertama yang dikeluarkan oleh BMW sekitar tahun 1924-1926.


Mengikut sejarah, syarikat ini bermula sebagai pengeluar enjin kapal terbang diikuti dengan penghasilan motorsikal kemudian barulah BMW mula dikenali sebagai pengeluar kereta! Menarik bukan?

Kereta lumba BMW 328, 1936-1940

Model berskala sebenar yang diperbuat daripada plastisin





BMW Isetta 300 yang mempunyai satu pintu sahaja dan terletak di bahagian hadapan. Kereta yang dikeluarkan pada 1956 ini menggunakan enjin motorsikal.


Sumber: kiryushinm & Wonder a Day
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

1 Tindak Balas:

shahrazali said...

kalau la jadi milik aku BMW putih tu...alangkah bahgianya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...