OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Saturday 12 May 2012

Betul Betul Info - Berapakah Berat Yang Boleh Dipikul Oleh Seekor Semut?

Makhluk super kuat

Kita pernah melihat seekor semut mengheret makanan atau mangsanya yang lebih besar daripada saiz badannya. Sebenarnya, semut adalah serangga yang sangat kuat. Seekor semut boleh membawa barang yang 30 kali lebih berat daripada berat badannya. Kekuatan semut terletak pada rangka di luar badannya yang dikenali sebagai ‘exoskeleton'.


`Exoskeleton' dan susunan otot khas pada tubuh semut memberi kekuatan kepada semut. `Exoskeleton' melindungi semut daripada cuaca, kecederaan dan kehilangan air. Lapisan pada rangka itu mengandungi pelbagai organik yang dikenali sebagai `chitin'. Seperti manusia, semut hidup dalam kelompok masyarakatnya sendiri dan mempunyai tiga bidang kepakaran dalam mencari makanan. Kepakaran iaitu terbahagi kepada mengumpul, memburu dan penanam. Sistem itu dipercayai telah wujud sejak kira-kira 40 juta tahun lalu. Di Amerika Utara, terdapat beberapa spesies semut yang mempunyai watak tersendiri ini termasuklah tukang kayu, askar, pengumpul biji-bijian, penanam kulat malah pencuri dan peminta sedekah. Wohoo..cool!

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

5 Tindak Balas:

icumm said...

Kuatnya semut tu..nampak je kecil

CikUna said...

owh i see.. patut ada pepatah pijak semut tak mati.. eyh, apakah yang una mengarutkan ini.. hehe

lieynanilaz said...

kuat rupanya semut..jangan memandang pada rupa...

Anonymous said...

subhanallah....wow...

titan said...

peh. kuat benar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...