OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Monday 30 January 2012

Betul Betul Tragedi - Pelumba Basikal Negara Dilanggar Kereta

Pagi semalam, empat daripada pelumba skuad basikal kebangsaan dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan berhampiran simpang empat di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya ketika dalam ujian pemilihan ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012.

Rentetan Kemalangan






Akibat rempuhan yang kuat itu pelumba wanita elit kebangsaan, Mariana Mohamad cedera parah apabila dilanggar dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju oleh seorang wanita.


Nahas yang berlaku pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan mangsa terpelanting dan patah tangan kiri, di samping mengalami luka di bahagian muka.




Rakan mangsa yang juga pelumba elit wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd. Radzi bersama dua lagi pelumba pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid cedera ringan di tangan serta jari.

Menurut Masziyaton, ketika kejadian dia bersama Mariana berada di bahagian hadapan mendahului 50 pelumba lain sebelum sebuah kereta Kancil tiba-tiba melanggar mereka.

"Dari jauh saya sudah lihat kereta Kancil itu teragak-agak hendak lintas atau tidak pada hal waktu itu beberapa orang marsyal sudah menutup jalan untuk memberi laluan kepada kami.

"Tetapi tanpa disangka-sangka pemandu kereta itu bertindak memecut, nasib baik jarak saya dengan Mardiana agak jauh dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan," katanya diketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab menolak tanggapan bahawa kemalangan itu berlaku akibat kurangnya aspek keselamatan.

Katanya, PKBM bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mengawasipelumba sepanjang pemilihan itu diadakan.

"Selepas ini kami akan memikirkan kaedah lain untuk memastikan keselamatan mereka terutamanya ketika ujian pemilihan atau pun sesi latihan di mana kemungkinan alat penghadang akan digunakan untuk menutup laluan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.

sumber: Utusan Online & TV3

psst: Penulis sempat tengok berita ni kat Buletin Utama semalam. Memang terkejut tengok mangsa tu kena langgar sampai naik atas bumbung kereta. Walaupun cedera parah, mujurlah dia masih selamat. Malang tak berbau...

.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

3 Tindak Balas:

Aini Azman said...

sy nak salahkan pihak keselamatan diowng.. bgi saya ni benda careless, kancil tu pon satu sengal,.huhuhu

S.A.M said...

@Aini Azman

itulah, keselamatan kena ketatkan lg...benda mcm ni boleh jatuhkan imej negara kita. driver tu pun samalah, sengal!

eva said...

huhuhu.. terkejut benda ni boleh berlaku kat msia.. teragak2 pulak si kancil tu.. alahai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...