OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Thursday 3 May 2012

Betul Betul Info - Benarkah Kuda Laut Jantan Lahirkan Anak?

Mana perginya kuda laut betina?

Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan. Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan. Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.


Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut. Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang. Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter. Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

3 Tindak Balas:

yanieyeap said...

ooowwwh..camtu!now aku tawu..thx share info..huhu

onlajer said...

boleh beranak cuma tak boleh nak ditungang hehehe

crazy little thing said...

kan best klaw laki bley ngndung..ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...