OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Tuesday 13 November 2012

Betul Betul Info - Sejarah Penciptaan Lif

Kerusi Terbang

Lif yang pertama mula dibina pada 1743 bagi keginaan King Louis XV di istananya di Perancis. Ketika itu lif hanya untuk pergerakan untuk satu tingkat sahaja iaitu dari tingkat satu ke tingkat dua. Dikenali sebagai 'Kerusi Terbang', lif berkenaan terletak di luar bangunan dan raja yang menggunakannya perlu melalui balkoni. Pada 1850, lif menggunakan kuasa hidraulik dan wap diperkenalkan.


Rekaan lif yang selamat digunakan oleh Elisha Graves Otis mula dipasang pada 1852. Manakala lif penumpang pertama telah dipasang oleh Otis di New York pada 1857. Selepas 6 tahun kematian Otis pada 1861, anaknya Charles dan Norton membina syarikatnya Otis Brothers & Co iaitu pada 1867.

Pada 1873 lebih 2,000 lif Otis telah digunakan dalam bangunan pejabat, hotel dan pusat membeli belah di seluruh AS dan pada 1889, Otis mencipta lif yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik. Sembilan tahun kemudian, Otis Brothers telah bergabung dengan 14 entiti lif yang lain membentuk Otis Elevator Company.

Pada 1903, Otis memperkenalkan rekaan yang menjadi tulang belakang bagi industri lif. Lif berkenaan bole digunakan bagi bangunan-bangunan pencakar langit seperti New York Empire State Building, Pusat John Hancock Chicago dan Menara CN Toronto.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Lawak #31 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 12 November 2012

Betul Betul Info - Sabun Tempat Bakteria Membiak?

Gunakan sabun cecair

Membasuh tangan atau mandi menggunakan sabun merupakan cara kita untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada badan seperti sel mati, habuk, minyak dan sisa peluh. Jika kita tidak membersihkan sabun tersebut sebersih-bersihnya dari badan, ia juga sebenarnya boleh menyediakan tempat bagi bakteria membiak pada kulit kita. Kebanyakan sabun sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri antiseptik dan ia tidak dapat membunuh pelbagai jenis bakteria yang bahaya.


Secara asasnya, kulit yang bersih merupakan tempat bakteria ‘baik’ untuk membiak dan melindungi tubuh kita. Bakteria ‘baik’ ini bertindak sebagai lapisan perlindungan terhadap jangkitan yang menyebabkan penyakit kulit.

Bagaimanapun kita seharusnya membilas sabun sebersih-bersihnya setiap kali selepas digunakan bagi mengelakkannya dari menjadi tempat pembiakan bakteria berbahaya pula. Seeloknya gunakan sabun cecair di dalam bekas sabun yang menggunakan pam.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 11 November 2012

Betul Betul Info - I Love You Dalam 100 Bahasa

A a ai aishiteruuu...



English - I love you

Afrikaans - Ek Fhet jou lief

Albanian - Te dua

Arabic - Ana behibek

Armenian - Yes kez sirumen

Bambara - M'bi fe

Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi

Belarusian - Ya tabe kahayu

Bisaya - Nahigugma ako kanimo

Bulgarian - Обичам те

Cambodian - Soro lahn nhee ah

Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - Bagaimana Kekuatan Gempa Bumi Diukur?

Fahami ukuran skala Richter

Charles Richter (1900-1985), ahli seismologi Amerika, mencipta satu skala logaritma yang mengukur kekuatan pergerakan gempa bumi. Gempa bumi yang hanya dapat dikesan menggunakan mesin seismografik yang sensitif mempunyai kekuatan 2.0 hingga 2.9 manakala sedikit gegaran yang boleh menyebabkan objek bergoyang dianggarkan mempunyai kekuatan 3.0 hingga 3.9.


Gempa bumi yang berada pada tahap 7.0 hingga 7.9 skala Richter, biasanya akan mengakibatkan bangunan runtuh, keretakan tanah dan tanah runtuh. Skala Richter adalah berdasarkan skala logaritma. Ini bermaksud gempa bumi berskala 4.0 adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada gempa bumi berskala 3.0 dan gempa bumi berskala 5.0 adalah 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi berskala 3.0. Gempa bumi yang paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah dunia ialah 9.5 skala Richter iaitu yang berlaku di Valdivia, Chile pada 22 Mei 1960.

Sumber: estidotmy


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 10 November 2012

Sudut Tazkirah - Bagaimana Cara Kita Mengenal Allah?

Tak kenal maka tak cinta


Terdapat 2 cara untuk kita mengenal Allah:

1. Dengan memerhatikan ayat-ayat Allah 

Dengan memperhatikan ayat-ayat Allah iaitu tanda-tanda kebesaran Allah maka kita akan mengenal Allah. Dari ayat-ayatNya adalah malam dan siang, matahari dan bulan. Kita lihat pergerakan matahari dan bulan yang sangat teratur. Matahari selalu terbit di sebelah timur (kecuali ketika akan terjadi hari kiamat) dan tenggelam di sebelah barat. Bulan memiliki tempat-tempat beredar yang berbeda setiap malamnya sampai pada masa sirkulasinya selama satu bulan dia akan kembali ke tempat semula. Begitu juga pergantian siang dan malam yang terus terjadi.

Ini adalah sebagian kecil dari ayat-ayat Allah yang akan mengajak kita berpikir bahwa di balik ini semua pasti ada Dzat yang mengatur semuanya hingga demikian sempurnanya yaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Allah Ta'ala berfirman yang artinya: "Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi begitu juga pada pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berpikir. Yaitu mereka yang selalu mengingat Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring. Mereka memikirkan tentang penciptaan langit-langit dan bumi. (Mereka berkata) Wahai Rabb kami, tidaklah engkau menciptakan ini sia-sia. Maha suci Engkau, jagalah kami dari api neraka. (Ali Imran 190-191)

2. Dengan melihat makhluk-makhluk Allah 

Di antara makhluk-makhluk Allah adalah langit dan bumi serta apa-apa yang berada di situ. Kita lihat makhluk-makhluk yang beraneka ragam di bumi. Manusianya, haiwannya, tumbuh-tumbuhannya, lautannya, pergunungannya, hutannya, dan segala sumber daya alam yang terkandung di dalamnya.

Allah Ta'ala berfirman, yang artinya: "Dan di bumi terdapat tanda-tanda Allah bagi orang-orang yang yakin. Begitu juga pada diri-diri kalian tidakkah kalian melihat?" (Adz Dzariyat 21-22 ) 

Allah Ta'ala berfirman, yang artinya: "Apakah mereka tercipta begitu saja secara tiba-tiba ataukah mereka yang menciptakan? Apakah mereka yang telah menciptakan langit-langit dan bumi bahkan mereka tidak meyakini." (At Thur 35-36)


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Lawak - Teka Teki Lawak 3 Serangkai

Siapa Otak Geliga?


1. Bagaimana nak masukkan zirafah ke dalam peti sejuk ?

2. Monyet memanggil semua binatang datang mesyuarat tetapi seekor binatang tidak hadir. Apakah binatang tersebut?

3. Ada sebatang sungai, sungai tersebut terdapat banyak buaya. Ada seorang budak mahu menyeberang sungai, dan budak itu berjaya menyeberang sungai tersebut. Persoalanya, bagaimanakah budak tersebut dapat menyeberang sungai tersebut.


Jawapan:

1. Buka peti sejuk jadi masukkan la zirafah itu..
2. Zirafah sebab berada dalam peti sejuk...
3. Sebab buaya pergi ke mesyuarat...


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday 9 November 2012

Maksud Sebenar P.S.

Nota kaki?

Korang mesti pernah tengok perkataan P.S. ditulis dalam surat, blog atau medium yang seangkatan dengannya.


Mungkin jugak korang sendiri pun pernah guna term P.S. ni. Biasanya ia digunakan di hujung entri atau mesej. Tapi korang tahu tak P.S. tu singkatan untuk apa?

Secara jujurnya, sebelum ni penulis pun tak pernah tahu 2 huruf tu stand untuk apa. Main guna jer...hehehe. So, penulis try la search P.S. kat dalam Yahoo. Macam² gak yang keluar, rambang pulak mata penulis menengoknya...

Then penulis cuba pulak taip kat column research dalam Microsoft Word... Jumpa! Antara perkataan yang keluar ialah postscript, addendum, afterthought, addition, stop press & coda.

Kesimpulannya P.S. adalah singkatan daripada perkataan yang pertama tu, postscript yang berasal daripada bahasa Latin, post scriptum. Lagipun menurut Kamus Dewan, postscript bermaksud tambahan kata² pada akhir surat @ susulan.

Fuh, akhirnya penuh la ilmu di dada penulis tentang P.S. ni...

Sumber: light|shadow
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Lawak #30 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...











Yang mana satu feveret korang?


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sudut Tazkirah - 24 Adab Berdoa

Doa Itu Senjata Mukmin


Berikut adalah adab-adab berdoa:

1. Ikhlas - perasaan ini tidak boleh orang lain muhasabah, kena diri sendiri tahu.
2. Hendaklah dimulakan dengan memuji Allah (memuji dan bersyukur kepada Allah), kemudian berselawatlah ke atas Nabi Muhammad saw. Ditamatkan pula doa itu dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.
3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan yakin dengan jawapan (yakin Allah akan bagi).
4. Berdoa dalam keadaan tidak tergopoh-gapah atau kelam-kabut (jangan terlalu cepat sampai tidak tahu apa yang disebut).
5. Hati kita hadir/hati kita hidup, bukan dalam keadaan hati kita lalai. Kalau nak cepat, jangan berdoa di waktu itu kerana tidak sepenuh hati mahu meminta dari Allah.
6. Kita berdoa dalam keadaan kita senang dan susah, bukan di waktu susah sahaja. Kita kena buat secara berterusan(istiqamah), baru lah kita akan redha dengan apa yang bakal terjadi.
7. Tidak meminta kecuali kepada Allah (berdoa ke hadrat Allah adalah hubungan yang direct dengan Allah, tiada perantaraan, oleh itu meminta/mengadu hanya kepadaNya).
8. Tidak berdoa ke arah keburukan kepada diri, keluarga, harta-benda, anak dan sebagainya.
9. Merendah-rendahkan suara ketika berdoa (antara dengar dan tidak), jangan meninggikan suara.
10. Mengakui dosa yang kita buat dan memohon keampunan dosa-dosa tersebut kepada Allah. Mengakui nikmat-nikmat Allah dan bersyukur dengan nikmat tersebut.
11. Tidak melampau-lampau bersajak/berpuisi (seni bahasanya) dalam berdoa.
12. Kena merendah diri dan kusyuk dalam keadaan kita berkehendak dan takut kepada Allah.
13. Menolak benda-benda yang menzalimi kita/menolak dosa yang kita lakukan dengan bertaubat.
14. Digalakkan mengulang doa sebanyak 3 kali.
15. Mengadap kiblat.
16. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa.
17. Berwudhuk sebelum berdoa sekiranya mudah/boleh (tempat dan keadaan mengizinkan). Seelok-eloknya berwudhuk.
18. Jangan kita bermusuh dalam kita berdoa, maksudnya perasaan dan keadaan kita baik.
19. Hendaklah dimulakan dengan berdoa untuk diri sendiri dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
20. Meminta kepada Allah dengan menyebut nama-nama Allah contohnya Ya Karim, Ya Latiff dan sebagainya. Juga boleh bertawasul iaitu menyebut kebaikan-kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan. Juga boleh bertawasul keberkatan dari mana-mana tok guru untuk tolong berdoa untuk kita.
21. Makanan , minuman, pakaian, rezeki kita hendaklah dari sumber yang halal.
22. Hendaklah tidak berdoa dengan dosa/kejahatan contohnya berdoa untuk memutuskan kasih-sayang/memutuskan silaturrahim.
23. Hendaklah menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan.
24. Menjauhkan diri kita dari segala maksiat. Kalau mahu doa kita dimakbulkan Allah, jangan buat maksiat. Contohnya kita masih buat maksiat-maksiat kecil sedangkan selepas itu kita berdoa pada Allah. Cuba kurangkan dari masa ke semasa, InsyaAllah.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 8 November 2012

Betul Betul Info - Adakah Anda Seorang Genius?

Test Your Brain

This is really cool. The second one is amazing so please read all the way though.


ALZHEIMERS’ EYE TEST

Count every ” F ” in the following text:

FINISHED FILES ARE THE 
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC 
STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS…

(SEE BELOW)


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sudut Tazkirah - Adab Mendengar Azan

Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Wallahu a'lam.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #51 (10 Gambar)

Macam-macam ada...




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 7 November 2012

Betul Betul Lawak - Koleksi Teka Teki Lawak

Uji Minda Anda


1) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang aaa...

2) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?
- Misai

3) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?
- Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen = 60 sen

4) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
- Dua-dua tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

5) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
- Penguin

6) Banyak² katak, katak apa yang boleh bercakap?
- Katakanlahhhhhh... (Hazami kot..hahaha)

7) Tersebutlah kisah, ada seorang wanita yang menamakan anaknya nama FATIMAH. Kenapa ?
- Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

8) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)

9) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. Apa dia?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox

10) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain (sebab bah dulu, rain kemudian)

11) Macam mana nak pergi haji kalau duit takde?
- Jangan hisap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pergi haji... Renung²kan, selamat beramal~~


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sudut Tazkirah - Rahsia Wudhuk

Wudhuk Zahir Dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah kongsi artikel ini kepada sahabat-sahabat.

Wallahu a’lam.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 6 November 2012

Sudut Tazkirah - 6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Istimewanya Umat Muhammad



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... "

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - 7 Petua Di Dapur Oleh Chef Sabri

Demam MasterChef Malaysia


1. KUPAS BAWANG
untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
 Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup

Sumber: Blog Chef Sabri
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #50 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 5 November 2012

Betul Betul Lawak - Akibat Show Off iPhone Di Tempat Awam

Learn the Hard Way





Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 14 October 2012

Betul Betul Unik - Kad Kredit Tunjuk Arah Kiblat

Kad kredit berkompas pertama di dunia

Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hillal memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah kiblat. Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di negara-negara Arab.


Jurucakap Mastercard, Hames Issokson berkata, pihaknya melihat terdapat peningkatan terutama di Asia Barat untuk perbankan Islam dan dalam kes itu, pengeluaran kad kredit mengikut undang-undang syariah.

Selain kompas, katanya, pemilik kad kredit baru itu akan mendapat beberapa faedah lain iaitu baucer perjalanan untuk mengerjakan haji.

"Sejumlah wang daripada penggunaan kad kredit itu juga akan didermakan kepada badan kebajikan tempatan,'' katanya kepada agensi berita, NBCNEWS.com.

Operator kad kredit di negara-negara Arab akan melaksanakan yuran kad selepas mereka dilarang mengenakan faedah ke atas pinjaman dibuat oleh pelanggan. - Agensi

Sumber: Utusan Online
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 2 October 2012

Betul Betul Cool - Pejabat CEO Nike (35 Gambar)

Mari melawat bilik bos Nike

Pejabat CEO Nike, Mark Parker memang lain dari yang lain. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka ia merupakan pejabat seorang CEO bagi jenama sukan terkenal itu. Untuk pengetahuan anda, Parker bermula sebagai pereka design di syarikat tersebut sejak 3 dekad lalu jadi tidak hairanlah bilik beliau dipenuhi dengan koleksi permainan dan kasut yang sering menjadi inspirasi dalam kerjaya beliau.


Berikut adalah gambar di segenap sudut bilik bos Nike itu yang diambil oleh jurugambar, Steve Benisty.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 15 September 2012

Betul Betul Cool - Ilusi Optik Yang Menakjubkan

Less Is More

Can you read this?


Not possible to read anything? Then follow the guidelines given below

Close your eyes almost 90% so that you can actually read it..


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 12 September 2012

Betul Betul Pelik - Haiwan Photoshop #9 (10 Gambar)

Creeeepy!

Jom kita saksikan spesies haiwan terbaru yang terhasil daripada gabungan idea kreatif dan skil photoshop yang mantap.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 3 September 2012

Betul Betul Pelik - Haiwan Photoshop #8 (10 Gambar)

Creeeepy!

Jom kita saksikan spesies haiwan terbaru yang terhasil daripada gabungan idea kreatif dan skil photoshop yang mantap.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday 28 August 2012

Koleksi Gambar Menarik #49 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday 25 August 2012

Betul Betul Pelik - Haiwan Photoshop #7 (10 Gambar)

Creeeepy!

Jom kita saksikan spesies haiwan terbaru yang terhasil daripada gabungan idea kreatif dan skil photoshop yang mantap.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday 22 August 2012

Koleksi Gambar Menarik #48 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday 19 August 2012

Koleksi Gambar Menarik #47 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday 16 August 2012

Betul Betul Pelik - Haiwan Photoshop #6 (10 Gambar)

Creeeepy!

Jom kita saksikan spesies haiwan terbaru yang terhasil daripada gabungan idea kreatif dan skil photoshop yang mantap.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday 13 August 2012

Betul Betul Info - Tips Memanjangkan Hayat Bateri Handphone

Bateri handphone tahan lebih lama

Kebiasaanya jangka hayat bateri handphone adalah 2 tahun dan perlu ditukar apabila mula menunjukkan perubahan secara fizikal dan caj tidak bertahan lama. Namun tempoh tersebut juga bergantung kepada beberapa faktor dan cara penggunaanya. Berikut adalah antara langkah yang boleh diambil untuk memastikan jangka hayat bateri handphone anda bertahan lebih lama.


1. Cas pertama kali mesti full

Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk kali pertama sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang (seperti disyorkan).

Perlu diingat bahawa pengecasan pertama bateri selama 8 jam adalah konsep yang tidak benar buat masa kini. Pengecasan bateri selama 8 jam adalah diperlukan untuk handphone model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd.

Untuk bateri jenis Lithium (kebanyakan handphone sekarang guna bateri jenis ni), tempoh pengecasan pertama selama 3 jam sudah cukup. Paling lama pun 4 jam. Dan sepatutnya jika pertama kali menggunakan handphone baru, anda kena gunakannya sehingga habis bateri, kemudian barulah dicas selama 3-4 jam.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Menarik #46 (10 Gambar)

Macam-macam ada...



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...