OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!
Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Sunday, 14 October 2012

Betul Betul Unik - Kad Kredit Tunjuk Arah Kiblat

Kad kredit berkompas pertama di dunia

Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hillal memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah kiblat. Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di negara-negara Arab.


Jurucakap Mastercard, Hames Issokson berkata, pihaknya melihat terdapat peningkatan terutama di Asia Barat untuk perbankan Islam dan dalam kes itu, pengeluaran kad kredit mengikut undang-undang syariah.

Selain kompas, katanya, pemilik kad kredit baru itu akan mendapat beberapa faedah lain iaitu baucer perjalanan untuk mengerjakan haji.

"Sejumlah wang daripada penggunaan kad kredit itu juga akan didermakan kepada badan kebajikan tempatan,'' katanya kepada agensi berita, NBCNEWS.com.

Operator kad kredit di negara-negara Arab akan melaksanakan yuran kad selepas mereka dilarang mengenakan faedah ke atas pinjaman dibuat oleh pelanggan. - Agensi

Sumber: Utusan Online
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday, 27 May 2012

Betul Betul Info - Bagaimana Kaca Kalis Peluru Diperbuat?

Mempunyai 3 lapisan

Rahsia sebenar untuk membuat kaca kalis peluru ialah plastik yang dikenali sebagai lamina (laminate). Setiap struktur yang mempunyai kaca kalis peluru mempunyai tiga lapisan iaitu kaca, plastik dan kaca yang lebih tebal daripada kaca biasa.


Plastik di dalam lamina diperbuat daripada bahan polikarbonat yang kuat tetapi boleh dilihat melaluinya. Apabila peluru ditembak ke arah tingkap kalis peluru, peluru itu akan melalui lapisan kaca terlebih dahulu. Kemudian lapisan plastik akan menyerap tenaga peluru itu dan peluru berkenaan akan terhenti. Ini bermakna peluru berkenaan tidak boleh melepasi lapisan akhir iaitu kaca berkenaan. Ok, lepas ni boleh la buat sendiri dan pasang kat tigkap kereta...hehe.

Sumber: estidotmy
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday, 22 April 2012

Betul Betul Cool - Ringen: Jam Tangan Mewah Edisi Terhad (8 Gambar)

Diperbuat daripada emas putih

Jam tangan konsep mewah bernama Ringen ini direka oleh pereka Perancis, Marc Tran. Beliau mendapat inspirasi daripada bentuk automotif dan bola yang bulat. Hampir keseluruhan jam ini diperbuat daripada emas putih manakala cakera biru yang menunjukkan unit jam diperbuat daripada aluminium khas. Untuk mengetahui masa yang ditunjukkan, korang perlu juga mengetahui perkara berikut. Bebola biru mewakili 2 minit, ia bergerak melalui lapisan logam hitam di bawahnya. Satu lagi bebola biru yang mengelilingi permukaan jam mewakili saat. Cool!



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday, 12 April 2012

Betul Betul Genius - Carkoon: Kerusi Bayi Super Selamat (2 Gambar)

Kepompong kalis api & dail 999 bila berlaku kemalangan

Jurutera Britain mencita kerusi kereta khas berbentuk kepompong yag berfungsi melindungi bayi daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Rekaan yang dinamakan Carkoon itu bukan sahaja menyediakan ruang udara untuk bayi bernafas selama 20 minit semasa berlaku kemalangan, tetapi juga mampu melindungi bayi daripada kebakaran.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday, 11 April 2012

Betul Betul Genius - Wolke 7: Rumah Terbang (15 Gambar)

Rumah konsep oleh Timon Sager

Wolke 7 yang direka oleh Timon Sager adalah jawapan terbaik untuk mereka yang suka melancong tetapi sayang nak tinggalkan rumah. Ini kerana rumah konsep ini boleh terbang dan anda boleh bawa ia ke mana sahaja yang anda inginkan!




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday, 10 April 2012

Betul Betul Genius - Project Glass: Layari Internet Guna Cermin Mata

Ia bakal mengubah kehidupan anda

Google telah melancarkan Project Glass, teknologi yang sedang dibangunkan untuk membolehkan pengguna melayari internet hanya dengan menggunakan cermin mata!


Untuk mendapatkan input daripada orang ramai tentang cermin mata yang menggunakan sistem operasi Android tersebut, mereka telah mengeluarkan gambar serta video bagaimana aplikasi ini berfungsi. Jom kita saksikan!


Amacam korang berminat tak?

Sumber: Google
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday, 21 March 2012

Betul Betul Genius - Chameleon X-1: Kombo Mouse Dan Gamepad (4 Gambar)

Bertemakan video game Assassin’s Creed: Revelations

Syarikat dari Hong Kong,  Shogun Bros telah mengumumkan pelancaran versi baru kombo mouse dan gamepad Chameleon X-1. Mouse yang bertemakan Assassin's Creed: Revelations ini didatangkan dalam 2 warna iaitu "Altair white" dan "Ezio grey". Ia turut dihiasi dengan lapisan leather pada butang mousenya manakala dibawahnya pula terdapat gamepad dengan 16 butang dan 1600 dpi optical sensor.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday, 15 March 2012

Betul Betul Genius - Solar Forest: Stesen Cas Bagi Kereta Elektrik (4 Gambar + 1 Video)

Super genius!

Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, Neville Mars telah memperkenalkan konsep rekaannya yang dinamakan Solar Forest. Ia adalah gabungan beberapa unit E_TREE yang berbentuk seperti pokok dan mempunyai panel heliostatic photovoltaic di atasnya.



Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday, 12 March 2012

Betul Betul Genius - Menara Air Himalaya: Simpanan Air Untuk Masa Depan

Menara Air Himalaya atau  Himalaya Water Tower telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama 2012 Skyscraper Competition oleh majalah eVolo. Rekaan ini adalah gabungan idea daripada Zhi Zheng, Hongchuan Zhao dan Dongbai Song dari China.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday, 2 March 2012

Betul Betul Genius - Falkirk Wheel: Satu-Satunya Lif Bot Berputar Di Dunia

Falkirk Wheel adalah satu-satunya lif untuk bot seumpamanya di dunia & ia menjadi mercu tanda kejuruteraan di Scotland. Nama Falkirk diambil sempena nama bandar berdekatan yang terletak di tengah² negara Scotland. Lif bot berputar tersebut menghubungkan Terusan Forth & Clyde dengan Terusan Union. Perbezaan ketinggian antara 2 terusan tersebut adalah 35 meter!


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday, 1 March 2012

Betul Betul Cool - Robot Gundam Bersaiz Sebenar Di Jepun

Pada tahun 2009, engineer² di Tokyo telah membina sebuah robot Gundam RX-78 berskala sebenar (1:1) sempena menyambut ulangtahun ke-30 siri anime popular Mobil Suit Gundam. Ia juga adalah sebahagian daripada Green Tokyo Gundam Project iaitu projek mendapatkan dana bagi menghijaukan Tokyo untuk menghadapi penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.


Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...