Fahami ukuran skala Richter
Charles Richter (1900-1985), ahli seismologi Amerika, mencipta satu skala logaritma yang mengukur kekuatan pergerakan gempa bumi. Gempa bumi yang hanya dapat dikesan menggunakan mesin seismografik yang sensitif mempunyai kekuatan 2.0 hingga 2.9 manakala sedikit gegaran yang boleh menyebabkan objek bergoyang dianggarkan mempunyai kekuatan 3.0 hingga 3.9.
Gempa bumi yang berada pada tahap 7.0 hingga 7.9 skala Richter, biasanya akan mengakibatkan bangunan runtuh, keretakan tanah dan tanah runtuh. Skala Richter adalah berdasarkan skala logaritma. Ini bermaksud gempa bumi berskala 4.0 adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada gempa bumi berskala 3.0 dan gempa bumi berskala 5.0 adalah 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi berskala 3.0. Gempa bumi yang paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah dunia ialah 9.5 skala Richter iaitu yang berlaku di Valdivia, Chile pada 22 Mei 1960.
Sumber: estidotmy
0 Tindak Balas:
Post a Comment