Mari melawat bilik bos Nike
Pejabat CEO Nike, Mark Parker memang lain dari yang lain. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka ia merupakan pejabat seorang CEO bagi jenama sukan terkenal itu. Untuk pengetahuan anda, Parker bermula sebagai pereka design di syarikat tersebut sejak 3 dekad lalu jadi tidak hairanlah bilik beliau dipenuhi dengan koleksi permainan dan kasut yang sering menjadi inspirasi dalam kerjaya beliau.
Berikut adalah gambar di segenap sudut bilik bos Nike itu yang diambil oleh jurugambar, Steve Benisty.







