OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!
Showing posts with label euro 2012. Show all posts
Showing posts with label euro 2012. Show all posts

Tuesday, 3 July 2012

Rangkuman Kejohanan Euro 2012

Iniesta pemain terbaik, Torres rangkul Kasut Emas

Kejohanan Euro edisi ke-14 berakhir dengan kemenangan bersejarah 4-0 Sepanyol keatas Itali sekaligus mempertahankan gelaran juara bola sepak Eropah yang dirangkul mereka 4 tahun lalu. Bukan itu sahaja, pemain perancang Sepanyol, Andres Iniesta dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala 9 lagi pemain mereka mendominasi senarai dalam Skuad Pilihan Euro 2012  yang dipilih oleh Jawatankuasa Teknikal UEFA.


Tambah menarik apabila penyerang sejati, Fernando Torres masih berjaya mencatatkan nama beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan walaupun kerap kali dimasukkan sebagai pemain gantian kerana skuad yang dikenali sebagai La Roja itu lebih banyak menggunakan khidmat pemain tengah. Berikut merupakan rangkuman sepanjang berlangsungnya Kejohanan Euro 2012.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday, 1 July 2012

Gelagat Penyokong Di Kejohanan Euro 2012 #2 (15 Gambar)

Pelbagai gaya dan ragam




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday, 30 June 2012

Betul Betul Ohsem - Stadium Olimpik Kiev: Pentas Akhir Euro 2012 (16 Gambar)

Gelanggang penentu juara Euro 2012

Stadium yang terletak di ibu negara Ukraine ini merupakan venue terbesar bagi kejohanan kali ini dan bakal menjadi pentas perlawanan akhir antara juara bertahan, Sepanyol dan Itali pada 2 Julai ini.


Mula dibuka pada 1923, stadium rasmi bagi kelab FC Dynamo Kyiv ini telah dibaikpulih bagi menghadapi Euro 2012 dan dibuka semula pada Oktober 2011. Menurut sejarah, stadium berkapasiti 68,000 penonton ini pernah menjadi hos kepada perlawanan bola sepak bagi Sukan Olimpik Moscow 1980 manakala dalam kejohanan Euro edisi ke-14 ini, stadium ini telah digunakan dalam perlawanan peringkat kumpulan D dan juga suku akhir antara Itali menentang England.
















Sumber gambar: Elektrau


Dapatkan trafik percuma dengan sertai 
Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012 (Tarikh Tutup: 10 Julai 2012)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Snapshot - Gambar Cristiano Ronaldo Dimekap Sebelum Perlawanan Euro 2012

Bola bola jugak, mekap jangan lupa

Gambar ini diambil sebelum bermulanya perlawanan antara Portugal dengan Holland tempoh hari. Tak sangka pulak nak main bola pun kena pakai mekap...huhuhu



Dapatkan trafik percuma dengan sertai 
Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012 (Tarikh Tutup: 10 Julai 2012)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Comel - Video Kanak-Kanak Hafal Semua Nama Pemain Holland Euro 2012

Football geek in the making

Noah, kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun ini dapat menghafal kesemua nama pemain dan staff pasukan Holland walaupun poster tersebut hanya berada di biliknya selama seminggu. Well done, Noah!



p/s: Suka dengar dia sebut nama van Bommel & van Persie ;)


Dapatkan trafik percuma dengan sertai 
Segmen: Bloglist Blog Rilek-Rilek Julai 2012 (Tarikh Tutup: 10 Julai 2012)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday, 29 June 2012

10 Perkara Menarik Sepanjang Euro 2012

Menjelang perlawanan akhir Euro 2012

Kancah Euro 2012 sudah hampir ke kemuncak dengan pasukan Sepanyol dan Itali bakal berentap di pentas akhir. Sepanjang kejohanan ini berlangsung sejak beberapa minggu yang lepas, kita telah menyaksikan gol-gol cantik, permainan bertahan yang cukup berdisiplin dan tidak lupa juga kontroversi yang sering tercetus dikalangan pemain dan penonton. Disini penulis telah senaraikan 10 perkara menarik sepanjang Euro 2012 yang berlangsung di Poland & Ukraine ini.

10. Perlawanan Pembukaan Penuh Dramatik

Boleh dikatakan antara perlawanan pembukaan Euro paling menarik dalam sejarah, apabila menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain. Poland membuka tirai jaringan melalui tandukan kencang Robert Lewandowski. Setelah pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos dilayangkan kad merah, penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny pula diarah keluar padang kerana mengasari pemain lawan dalam kotak penalti. Penjaga gol gantian, Przemyslaw Tyton bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti namun Greece kembali bangkit menyamakan kedudukan untuk berkongsi 1 mata.


9. Sepanyol Turun Tanpa Penyerang

Juara bertahan dibawah kendalian Vicente del Bosque ini mengejutkan ramai pihak ketika perlawanan pembukaan mereka menentang Itali kerana menurunkan kesebelasan utama tanpa kelibat penyerang. Skuad La Roja itu lebih suka menggunakan khidmat 4 pemain pertahanan dan 6 pemain tengah walaupun mempunyai penyerang berwibawa seperti Fernando Torres, Llorente dan Negredo.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Gelagat Penyokong Di Kejohanan Euro 2012 #1 (15 Gambar)

Pelbagai gaya dan ragam




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...