OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!
Showing posts with label penjaring terbanyak euro 2012. Show all posts
Showing posts with label penjaring terbanyak euro 2012. Show all posts

Tuesday, 3 July 2012

Rangkuman Kejohanan Euro 2012

Iniesta pemain terbaik, Torres rangkul Kasut Emas

Kejohanan Euro edisi ke-14 berakhir dengan kemenangan bersejarah 4-0 Sepanyol keatas Itali sekaligus mempertahankan gelaran juara bola sepak Eropah yang dirangkul mereka 4 tahun lalu. Bukan itu sahaja, pemain perancang Sepanyol, Andres Iniesta dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala 9 lagi pemain mereka mendominasi senarai dalam Skuad Pilihan Euro 2012  yang dipilih oleh Jawatankuasa Teknikal UEFA.


Tambah menarik apabila penyerang sejati, Fernando Torres masih berjaya mencatatkan nama beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan walaupun kerap kali dimasukkan sebagai pemain gantian kerana skuad yang dikenali sebagai La Roja itu lebih banyak menggunakan khidmat pemain tengah. Berikut merupakan rangkuman sepanjang berlangsungnya Kejohanan Euro 2012.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday, 14 June 2012

Senarai Penjaring Terbanyak Kejohanan UEFA Euro (Terkini)

Fernando Torres penjaring terbanyak Euro 2012

Kejohanan UEFA Euro 2012 Poland-Ukraine telah pun berlangsung selama 6 hari dan sebagai penyokong Holland, penulis agak kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad The Oranje dalam 2 perlawanan sebelum ini.


Jika Holland gagal melepasi peringkat kumpulan, peluang Robin van Persie untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan juga pastinya terkubur. Selain van Persie, antara nama yang sering disebut bakal memenangi kasut emas untuk Euro 2012 ini ialah Karim Benzema (Perancis), Mario Gomez (Jerman), Andriy Shevchenko (Ukraine), Alan Dzagoev (Rusia), Cristiano Ronaldo (Portugal), Thomas Muller (Jerman) dan Robert Lewandowski (Poland).

Senarai Penjaring Terbanyak Kejohanan Euro 2012 (Update 29 Jun)

3 gol - Fernando Torres (Sepanyol), Mario Balotelli (Itali), Mario Gomez (Jerman), Cristiano Ronaldo (Portugal), Alan Dzagoev (Rusia), Mario Mandžukić (Croatia)
2 gol - David Silva (Sepanyol), Cesc Fàbregas (Sepanyol), Xabi Alonso (Sepanyol), Andriy Shevchenko (Ukraine), Václav Pilař (Republik Czech), Petr Jiráček (Republik Czech), Nicklas Bendtner (Denmark), Michael Krohn-Dehli (Denmark), Zlatan Ibrahimović (Sweden), Dimitris Salpingidis (Greece)
1 gol - Jesus Navas (Sepanyol), Juan Mata (Sepanyol), Jordi Alba (Sepanyol), Antonio Di Natale (Itali), Andrea Pirlo (Itali), Antonio Cassano(Itali), Lars Bender (Jerman), Lukas Podolski (Jerman), Philipp Lahm (Jerman), Sami Khedira (Jerman), Miroslav Klose (Jerman), Marco Reus (Jerman), Mesut Ozil (Jerman), Silvestre Varela (Portugal), Pepe (Portugal), Hélder Postiga (Portugal), Wayne Rooney (England), Theo Walcott (England), Andy Carroll (England), Danny Welbeck (England), Joleon Lescott (England), Rafael van der Vaart (Belanda), Robin van Persie (Belanda), Roman Pavlyuchenko (Rusia), Roman Shirokov (Rusia), Jakub Błaszczykowski (Poland), Robert Lewandowski (Poland), Nikica Jelavić (Croatia), Samir Nasri (Perancis), Yohan Cabaye (Perancis), Jeremy Menez (Perancis), Georgios Samaras (Greece), Fanis Gekas (Greece), Giorgos Karagounis (Greece), Sean St Ledger (Ireland), Olof Mellberg (Sweden), Sebastian Larsson (Sweden)

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...