OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!
Showing posts with label Cerita Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Cerita Jenaka. Show all posts

Sunday, 12 August 2012

Kisah Lawak #13 - OK, Dah Kena!


Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ni baru berumur 8 tahun.

Ibu: “Ibu nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
Anak: “Ok!”

Si ibu pun undur keretanya.

Anak: “Lagi ibu, undur lagi”
Anak: “Lagi.. lagi..”

Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM”. Kereta yang diundur tu terlanggar pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Ibu, dah kena!”
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday, 6 August 2012

Kisah Lawak #12 - Pencarian Si Malas

Pemalas yang legend!


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang amat malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday, 31 July 2012

Kisah Lawak #11 - Boss Dan Orang Gaji

Siapa lagi sengal?


Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org Kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…”

Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir!! Right Away!!”

Terus dia bergegas ke kedai yang ade jual kereta. Orang Kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “Tengok, kan betul tu? Dia bodoh nak mampus”

Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si Org Kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir!! Right Away!!” Ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temannye sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Eh, kau tahu tak, boss aku tu bodoh betul. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan sekarang dah pukul 12 tengah malam tentulah kedai tutup..”

Ali: “Boss aku pun bodoh jugak. Ada ke dia boleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak.. Kalau guna telefon je kan senang...”
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Wednesday, 25 July 2012

Kisah Lawak #10 - Had Laju

Jalan Bukit Bintang


Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 km sejam sahaja.

Maka Polis trafik pun berfikir "Tak boleh jadik ni..lambat dari kura-kura. Sangat bahaya bagi pemandu yang lain."

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita berusia dalam 70-an berasa sangat hairan dan bertanya "Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. Kenapa ditahan?"

Polis trafik menjelaskan "Makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"

"Lambat dari had laju?" Wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" Bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

"Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… Adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? Nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat." Polis trafik itu bertanya kehairanan

"Oh… jangan bimbang, mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday, 19 July 2012

Kisah Lawak #9 - Wak Kasim Dan Pelampung

Memang tak logik


Suatu hari Wak Kasim hendak pergi memancing di tengah lautan. Setelah semua peralatan memancing dibawa, Wak Kasim pun menaiki sampannya sehingga sampai di tenggah lautan.

Tiba-tiba sampan Wak Kasim bocor. Dia pun menggelabah, puas dicarinya pelampung, tetapi tak jumpa.

Oh! baru dia teringat, rupa-rupanya pelampungnya tertinggal di rumah. Wak Kasim pun cepat-cepat berenang hingga ke pantai hendak balik ke rumah untuk mengambil pelampungnya…
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday, 13 July 2012

Kisah Lawak #8 - Kecemasan Di Kelantan

Sebut betul-betul...


Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu…

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa

“Pok cik ni sakit gapo?”

“Kecing manih. Lamo doh.”

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

“Tu bakpo pulok?”

“Kecemase”

“Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih.”
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday, 7 July 2012

Kisah Lawak #7 - Ahli Silap Mata dan Burung Kakak Tua


Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.

Masalahnya, terdapat seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .

Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat..!! Itu bukan topi yg sama!!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja!!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A!! “
Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun. Ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya??”
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Thursday, 10 May 2012

Kisah Lawak #6 - Email Pelajar Arab Kepada Bapanya

Untung tak ada bapak cenggini?


Arab student sends an e-mail to his Dad saying:

Dear Dad,

Berlin is wonderful, people are nice and I really like it here, but Dad,
I am bit ashamed to arrive to my college with my Gold Mercedes, when all my Teachers travel by train.


Your Son,
Nasser

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sometime later Nasser gets reply to his e-mail from his Dad:

Loving son,

Twenty Million Dollars transferred to your account, please stop embarrassing us,
go and get yourself a train too.

Your Dad.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday, 4 May 2012

Kisah Lawak #5 - Pak Ali Bukan Tamak...

Contohilah Pak Ali


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Saturday, 28 April 2012

Kisah Lawak #4 - Barulah Lapang

Lawok Oghang Tranung


There was this one family of Terengganu people nak balik raye and they were stuffed into one kancil. Seven of the family members all together. So the mum said,

Mum: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Dad: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lame dok sapa kappong.

Mum: Tujoh oghang dok leh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do'oh.

And then they thought and thought of the solution to their problem and how to make some space in the car. Suddenly their youngest son shouted.

Son: Abah², umi², awang tau doh guane nok buak. Kite skarang kang ade tujoh oghang. Tamboh la soghang lagi. Baru jadik 'lapang'...

Psst: Bijak sungguh anak² Terengganu ni, sebab tu la dapat UPSR  terbaik 11 tahun berturut-turut...hehehe
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Sunday, 22 April 2012

Kisah Lawak #3 - Matahari di Tampoi

Teringat cerita Keluang Man...

Bukan senang nak handle orang gila. Jiwa dan raga kena kental. Jom ikuti satu kes dimana dua orang gila sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.


Orang Gila 1: (Sambil naik atas meja) "Kamu tahu tak?"
Orang Gila 2: "Tahu apa?"
Orang Gila 1: "Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi)
                        lihatlah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang Gila 2: (Dalam hati) "Jangan-jangan dia ni bertambah gila, aku mesti lapor
                        pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku...

Orang Gila 2: "Doktor, kawan saya tu mungkin bertambah gilanya."
Doktor:          "Kenapa?"
Orang Gila 2: "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah
                        matahari, dunia ni terang dia yang buat."
Doktor:          "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang Gila 2: "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ni nanti..."
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Monday, 16 April 2012

Kisah Lawak #2 - Lawak Chot

Gerenti gelak

Jom baca 4 kisah lawak yang berkisar dalam kehidupan seorang pemuda bernama Chot. Seperti jugak dalam Lawak SamDol itu hari, Chot juga mempunyai rakan baik iaitu Chet. Sila bersedia untuk gelak...


GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia
dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri
sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh
ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...
Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday, 10 April 2012

Kisah Lawak #1 - Lawak SamDol

Sam & Dol yang super sengal

Koleksi perbualan antara Sam dan rakannya, Dol yang boleh buat anda ketawa... Dah sedia?


SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya..

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...