OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Sunday 14 October 2012

Betul Betul Unik - Kad Kredit Tunjuk Arah Kiblat

Kad kredit berkompas pertama di dunia

Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hillal memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah kiblat. Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di negara-negara Arab.


Jurucakap Mastercard, Hames Issokson berkata, pihaknya melihat terdapat peningkatan terutama di Asia Barat untuk perbankan Islam dan dalam kes itu, pengeluaran kad kredit mengikut undang-undang syariah.

Selain kompas, katanya, pemilik kad kredit baru itu akan mendapat beberapa faedah lain iaitu baucer perjalanan untuk mengerjakan haji.

"Sejumlah wang daripada penggunaan kad kredit itu juga akan didermakan kepada badan kebajikan tempatan,'' katanya kepada agensi berita, NBCNEWS.com.

Operator kad kredit di negara-negara Arab akan melaksanakan yuran kad selepas mereka dilarang mengenakan faedah ke atas pinjaman dibuat oleh pelanggan. - Agensi

Sumber: Utusan Online
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

2 Tindak Balas:

Anisa Anuar said...

wahhhhh....menarik ni...

S.A.M said...

@Anisa Anuar

bank kat msia pun kena buat camni. senang nk travel kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...