Sejenis binatang yang dinamakan 'sloth' (Bradypus Tridactylus) yang hidup di beberapa negara seperti Nicaragua, Peru dan Brazil merupakan binatang paling lambat bergerak di darat. Untuk berjalan sejauh 1.6 kilometer, seekor 'sloth' perlu mengambil masa kira-kira sebulan!
Pergerakannya lambat kerana kakinya hanya mempunyai tiga jari. Kaki 'sloth' sesuai untuk memudahkannya bergantung di pokok. Binatang ini tidak boleh berlari atau berdiri tegak apabila berada di atas tanah. 'Sloth' menghabiskan masanya bergantung di dahan. Mereka makan, tidur dan melahirkan anak dengan cara itu.
Sumber: estidotmy
1 Tindak Balas:
pemalas punya sloth ! haha
Post a Comment