Benarkah saiz bola mata manusia akan kekal sejak dilahirkan sehinggalah mereka dewasa? Sebenarnya saiz bola mata manusia akan berubah sehingga tahap maksimumnya. Mengikut General Ophthalmology (Vaughan, Asbury dan Riordan-Eva, Appleton & Lange, Stamford, 1999), saiz bola manusia semasa dilahirkan berukuran kira-kira 16.5 mm dalam ukuran diameter iaitu ukuran dari bahagian depan sehingga ke belakang mata. Semasa dewasa, diameter mata manusia ialah 24.2 mm. Saiz bola mata dikatakan akan mencapai saiz maksimumnya apabila manusia berusia tujuh atau lapan tahun.
Kornea mata akan mencapai saiz dewasa apabila manusia berusia dua tahun. Semasa dilahirkan lensa mata manusia berbentuk sfera tetapi lensa itu membesar sepanjang usia manusia dan ini akan membuatkannya berbentuk mendatar.
Sumber: estidotmy
0 Tindak Balas:
Post a Comment