Manaf ketika ditemui, melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hatinya sejak di bangku sekolah itu akhirnya menjadi kenyataan.
"Saya harap perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan memberi saya semangat yang lebih kuat untuk membantu pasukan Terengganu memenangi perlawanan menentang Perak esok (hari ini) sebagai hadiah perkahwinan," katanya. Pasangan suami isteri ini juga dijadualkan berbulan madu selepas perlawanan tersebut.
Abdul Manaf sebelum ini menjadi wira membantu pasukan skuad Terengganu dalam kempen pembukaan kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) setelah menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An Selasa lepas.
psst: Tahniah Manaf! Budok skoloh penulis ni...
0 Tindak Balas:
Post a Comment