Supercar dari Slovenia
Shayton dalam bahasa Sioux Indian bermaksud helang (bukan syaitan) yang turut merupakan logo kepada syarikat terbabit. Direka oleh pereka tempatan, Andrej Stanta, Shayton Equilibrium bakal dilengkapi dengan enjin V12 yang mampu menghasilkan 1,084 hp dan 930 Nm torque pada 5,000 rpm. Kereta ini sangat ringan kerana casis-nya diperbuat daripada titanium dan karbon. Ia dijangka boleh memecut 0-60 mph dalam 2.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 mph! Hanya 20 unit akan dikeluarkan dan harganya dijangka melebihi 1 juta Euro (RM 4 juta).
Sumber: Shayton Equilibrium & Beautiful Life
2 Tindak Balas:
peh.. gempak.. kalau dpt sbijik ni.. hurrrmm...
kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follow ya.. :D
Post a Comment