Cecair pemadam pen
Tahukah anda cecair putih yang digunakan untuk memadamkan kesilapan di atas kertas? Dulunya cecair berkenaan dipanggil 'mistake out' dan telah direka oleh seorang ibu tunggal, Bette Nesmith Graham yang terpaksa keluar bekerja untuk menyara anaknya.
Walaupun bertugas sebagai jurutaip, Graham bukanlah seorang yang cekap menaip dan sering menggunakan cat putih bagi melindungi kesilapan yang dilakukannya. Dengan menggunakan dapur dan garaj makmal, Graham menghasilkan produk yang menjadi rebutan dikalangan pekerja pejabat lain.
Semasa bekerja sebagai setiausaha, Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik. Selepas produknya ditolak oleh IBM, Graham terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun.
Pada 1968, Graham mula mendapat keuntungan dan 10 tahun kemudian Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti.
Sumber: estidotmy
2 Tindak Balas:
ooo..begitu..^_^
p/s: harap admin lepas ni dapat letakkan sumber kajian@rujukan asal agar maklumat yang disalurkan dapat menenangkan hati pembaca...TQ
"mistake out" aishhh...nama tu...xbest...liquid paper gk best
Post a Comment