Kilang remaja
Factoría Joven yang bermaksud "kilang remaja" ini terletak di Mérida, Sepanyol dan direka oleh Selgascano Architects. Kawasan berkeluasan 800 meter persegi ini memberikan ruang kepada generasi muda untuk melakukan aktiviti seperti bermain skateboard, menari hip-hop, rock climbing dan melukis graffiti. Di sini juga disediakan makmal komputer, studio tarian, bilik perbincangan dan ruang untuk persembahan teater.
sumber: The Cool Hunter
1 Tindak Balas:
ni kalau kat Malaysia jahanam ngn budak2 vandalisme.
Post a Comment