Pentas terapung terbesar di dunia
Dikenali sebagai The Float at Marina Bay dan juga Marina Bay Floating Platform, stadium terapung ini merupakan pentas terapung terbesar di dunia! Platform berukuran 120 meter panjang dan 83 meter lebar ini terletak di Marina Bay, Singapura dan diperbuat sepenuhnya daripada keluli. Ia boleh menampung berat sehingga 1,070 tan, iaitu bersamaan berat kesuluruhan 9,000 orang, 200 ton prop pentas dan 3 kenderaan askar yang beratnya 30 tan setiap satu. Di hadapan pentas tersebut terdapat tempat duduk yang boleh memuatkan seramai 30,000 penonton. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa 13 bulan dan pada April 2007, stadium ini siap sepenuhnya.
Sumber: Izismile
3 Tindak Balas:
Jap, stadium dia takde pgar ke? Klu org main bola, sepak bola luar pagar? Hmmm.. *Mimikirkn something di luar kwalan pmikiran..*
@Sis AI
mmg penat la budak milo, kena berenang pegi kutip bola...hehehe
awesome !!
maju sungguh singapore ni ..
Post a Comment