Kereta Mission Impossible 4
Inilah kereta yang dipandu oleh Tom Cruise dalam filem Mission Impossible 4. Kereta konsep BMW yang berenjin hibrid ini dilengkapi dengan motor elektrik 131 hp untuk memacu tayar hadapan manakala turbocharge 3 silinder 223 hp untuk menggerakkan tayar belakang. Ini membolehkan kereta ini bergerak menggunakan front-wheel, rear-wheel, ataupun all-wheel drive. Untuk kereta konsep terbaru mereka ini, BMW telah menggunakan material yang sangat ringan membolehkan ia memecut 0-62 mph dalam masa 5 saat dan mencatat kelajuan maksimum 155 mph. Uniknya, BMW i8 Spyder turut disertakan dengan dua buah skuter elektrik yang diletakkan di bawah panel kaca di bahagian belakang.
Sumber: Uncrate
3 Tindak Balas:
memang betul2 awesome lah !! tapi my dream car tetap HYBRID yeay !! hehe
nak kereta ni....hehehhee
Pergh.. Gempak gila.. Yg pasti, apa pasal dia sgt brkilat? Rsa mcm memandu dpn cermin pun boleh..
Post a Comment