Bangunan 27 tingkat itu dinamakan Antilla dan mempunyai panggung wayang, tiga tempat helikopter mendarat, kolam renang, taman tergantung, bar dan balai bacaan. Untuk menyimpan koleksi keretanya yang dikatakan sebanyak 168 buah, 6 tingkat dijadikan sebagai tempat parking.
Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini. Laporan menyatakan, keluarga Mukesh bimbang apabila mendapati Antilia gagal mematuhi prinsip pembinaan yang direstui vastu shastra, sejenis kepercayaan seperti feng shui. Sumber berkata, Mukesh bertegas enggan mendiami bangunan itu kerana percaya dia dan keluarganya berdepan dengan sumpahan nasib malang.
Ketika ini Mukesh dan kaum keluarganya masih tinggal di rumah lebih sederhana mereka iaitu sebuah apartmen 14 tingkat di selatan Mumbai. Sementara itu, jurucakap Mukesh mendakwa alasan mengapa bilionair itu enggan berpindah ke Antilia sekadar gosip liar.
2 Tindak Balas:
ohsem!!
Mantapppp....detail bgt ulasannya.
Post a Comment