Pages

Wednesday 7 November 2012

Betul Betul Lawak - Koleksi Teka Teki Lawak

Uji Minda Anda


1) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang aaa...

2) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?
- Misai

3) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?
- Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen = 60 sen

4) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
- Dua-dua tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

5) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
- Penguin

6) Banyak² katak, katak apa yang boleh bercakap?
- Katakanlahhhhhh... (Hazami kot..hahaha)

7) Tersebutlah kisah, ada seorang wanita yang menamakan anaknya nama FATIMAH. Kenapa ?
- Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

8) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)

9) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. Apa dia?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox

10) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain (sebab bah dulu, rain kemudian)

11) Macam mana nak pergi haji kalau duit takde?
- Jangan hisap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pergi haji... Renung²kan, selamat beramal~~

9 comments:

  1. boleh gne ni...kenakan adik hehehehe

    ReplyDelete
  2. teringat zaman sekolah dulu. hehe

    ReplyDelete
  3. Pada suatu hari, Ali,Achu dan Amin ternampak sepohon pokok rambutan. Bapak mereka sedang berdoa di dalam bilik kepada ibu yg sakit selesema. Antara Ali , Achu dan Amin siapa yg mkn dulu??¿

    ReplyDelete
  4. Best juga lawaknya. hihi

    ReplyDelete
  5. mcm taiK pnya jawaPan haha..besT

    ReplyDelete
  6. Nk cari skit punye ssah tpi bile dh dpt buang jerr...ape die ???

    ReplyDelete