OhmygojesShop

OhmygojesShop
Let's Go Shopping at OhmygojesShop!

Wednesday, 14 May 2014

Betul Betul Info - Fakta Sains Yang Menakjubkan

Tahukah Anda?

- Kutu boleh melompat 130 kali ganda lebih tinggi daripada ketinggiannya sendiri. Jika manusia mempunyai kemampuan sedemikian, ini bermakna seorang dengan ketinggian 1.54 meter boleh melompat sehingga 240 meter.

- Haiwan paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada najis dan menyebarkan penyakit berbahaya kepada manusia dan haiwan lain.

- Ular adalah haiwan karnivor (makan daging) sebenar kerana mereka tidak makan apa-apa selain daripada binatang.

- Amfibia terbesar di dunia adalah salamander gergasi (katak gergasi) yang boleh membesar sehingga 1.5 meter anjang.

- Paus biru boleh menghasilkan bunyi yang kuat sehingga 188 desibel. Ini adalah bunyi paling kuat pernah dihasilkan oleh haiwan dan boleh dikesan sejauh 852.9 kilometer.

- Katak panah yang ditemui di Amerika Selatan dan Tengah adalah haiwan paling berbisa di muka bumi.

- Dinasor Stegosaurus berukuran 9.1 meter panjang tetapi saiz otaknya hanya sebesar buah badam.

- Sel otak mempunyai jangka hayat paling panjang, ia hidup selagi tubuh manusia masih bernafas.

- Sel paling panjang dalam tubuh manusia adalah saraf motor. Ia boleh menjangkau 1.37 meter panjang dari saraf tunjang hingga ke tumit.

- Tulang paling kecil dalam tubuh manusia adalah tulang yang terletak di telinga tengah berukurang 0.28 sentimeter panjang.

- Seekor penyu kebiasaannya boleh hidup lebih daripada 100 tahun.

- Belalai gajah tidak mempunyai tulang tetapi mempunyai 40,000 otot.

- Cicada (sejenis lalat di Afrika) menghabiskan 17 tahun masa hidupnya untuk tidur dan hanya dua minggu ia akan bangun untuk mengawan dan kemudiannya mati.

- Sekiranya kulit anda direntangkan, ia boleh meliputi kawasan seluas 18 kaki persegi (5.48 meter persegi).

- Zirafah mempunyai tulang yang sama banyak dilehernya seperti seorang lelaki dewasa.

- Gelombang lautan boleh bergerak selaju pesawat jet.

- Lukisan helikopter yang pertama pernah ditemui berusia kira-kira 50 tahun.

- Rama-rama memanaskan badannya sehingga mensapai 27.22 darjah selsius sebelum ia boleh terbang.

- Seekor ikan pausboleh berenang selama tiga bulan tanpa makan.

- Secara purata, manusia minum air sebanyak 16 tan sepanjang kehidupannya.

- Walaupun Gunung Everest dengan ketinggian 29,028 kaki (8,848 meter) adalah gunung tertinggi di dunia, Mauna Kea, sebuah gunung berapi aktif di Hawaii sebenarnya lebih tinggi. Hanya 13,796 kaki (4,205.02 meter) bahagian Gunung Mauna Kea berada di atas paras laut, sebaliknya ketinggian sebenarnya adalah 33,465 kaki (10,200.1 meter) jika diukur dari dasar laut ke puncak.

- Terdapat kira-kira 500 buah gunung berapi aktif di bumi. Ini merupakan bilangan yang berada di atas permukaan bumi tetapi banyak lagi yang terdapat di bawah laut yang tidak dapat dilihat.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Betul Betul Info - Fakta Sains Yang Patut Anda Tahu #1

Tahukah Anda?

1. Apakah burung yang hanya boleh berenang tetapi tidak boleh terbang?
- Penguin.

2. Berapakah jumlah sel dalam tubuh badan seorang manusia?
- Terdapat kira-kira 50 hingga 70 trillion sel dalam tubuh badan seorang manusia.

3. Berapakah kelajuan peredaran darah dalam badan kita?
- Dalam arteri yang normal, darah beredar kira-kira 10cm sesaat. Dan sekiranya arteri seseorang itu lebih sempit daripada biasa, darah akan beredar dengan lebih laju.

4.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Friday, 5 July 2013

Koleksi Gambar Menarik #52 (10 Gambar)

Macam-macam ada...




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Tuesday, 13 November 2012

Betul Betul Info - Sejarah Penciptaan Lif

Kerusi Terbang

Lif yang pertama mula dibina pada 1743 bagi keginaan King Louis XV di istananya di Perancis. Ketika itu lif hanya untuk pergerakan untuk satu tingkat sahaja iaitu dari tingkat satu ke tingkat dua. Dikenali sebagai 'Kerusi Terbang', lif berkenaan terletak di luar bangunan dan raja yang menggunakannya perlu melalui balkoni. Pada 1850, lif menggunakan kuasa hidraulik dan wap diperkenalkan.


Rekaan lif yang selamat digunakan oleh Elisha Graves Otis mula dipasang pada 1852. Manakala lif penumpang pertama telah dipasang oleh Otis di New York pada 1857. Selepas 6 tahun kematian Otis pada 1861, anaknya Charles dan Norton membina syarikatnya Otis Brothers & Co iaitu pada 1867.

Pada 1873 lebih 2,000 lif Otis telah digunakan dalam bangunan pejabat, hotel dan pusat membeli belah di seluruh AS dan pada 1889, Otis mencipta lif yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik. Sembilan tahun kemudian, Otis Brothers telah bergabung dengan 14 entiti lif yang lain membentuk Otis Elevator Company.

Pada 1903, Otis memperkenalkan rekaan yang menjadi tulang belakang bagi industri lif. Lif berkenaan bole digunakan bagi bangunan-bangunan pencakar langit seperti New York Empire State Building, Pusat John Hancock Chicago dan Menara CN Toronto.
Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Koleksi Gambar Lawak #31 (10 Gambar)

Ceriakan hari anda dengan senyuman...




Suka dengan artikel ini? Klik butang LIKE untuk share dengan rakan² anda d^_^b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...