Kepompong kalis api & dail 999 bila berlaku kemalangan
Jurutera Britain mencita kerusi kereta khas berbentuk kepompong yag berfungsi melindungi bayi daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Rekaan yang dinamakan Carkoon itu bukan sahaja menyediakan ruang udara untuk bayi bernafas selama 20 minit semasa berlaku kemalangan, tetapi juga mampu melindungi bayi daripada kebakaran.
Perekanya, Jullian Preston-Powers daripada Cool Technologies berkata, beg udara yang digunakan pada Carkoon tidak sama dengan beg udara tradisional yang akan menutupi muka penumpang jika berlaku perlanggaran. Ini kerana beg udara Carkoon akan mengembung dengan menyediakan ruang udara yang mencukupi dan lasak untuk menahan sebarang objek. Carkoon dijangka dijual awal tahun depan pada harga kira-kira £499 (RM1,500).
Sumber: Utusan Malaysia, Daily Mail & Telegraph
3 Tindak Balas:
Bak datang Malaysia la.. InsyaAllah beli kalau dh ada ank. Asalkn bnda ni boleh pakai berulang kali, wakaka!
ini utk anak2 artis popular kt sana ni...xpun anak2 org2 besar...
aku harap aku punya blog kekal dlm bloglist sini yek...hehehe..
smile back to you,,,,,
wah,,,,canggih juga ya teknologinya
Post a Comment